Ladang Tumbuk adalah dimiliki oleh  Syarikat  Maika Holding Berhad (anak syarikat milik MIC)  dan bekas  pekerja-pekerja ladang tersebut memerlukan rumah kediaman seperti yang dijanjikan.

Pada 12hb September 2009, Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier Jayakumar  telah melawat ke Ladang Tumbuk  dan pekerja-pekerja menyerahkan sebuah memorandum.

Dalam memorandum tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti masalah perumahan yang dihadapi oleh para pekerja Ladang Tumbuk.


Pada bulan april 2006 semua pekerja–pekerja ladang tersebut telah diberhentikan pekerjaan malah pampasan mereka masih dipegang  oleh Maika Holding Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Malaysian Indian Congress (MIC) .

Pekerja-pekerja ini dijanjikan dengan bantuan skim perumahan pekerja ladang tetapi sehingga kini tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh syarikat Maika Holding Berhad.

YB Dr Xavier Jayakumar juga berasa kecewa dengan sikap Maika Holding Berhad yang merupakan sebuah Syarikat milik MIC yang kononnya ditubuhkan untuk memajukan  ekonomi  masyarakat India. 

Tegas beliau lagi "Maika Holding Berhad haruslah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat India bukan sahaja dari segi ekonomi malah juga dalam sosioekonomi".

Ujarnya lagi "Syarikat perladangan ini sepatutnya  menjadi contoh teladan yang baik kepada pengusaha-pengusaha ladang yang lain dalam memberikan kemudahan skim perumahan yang baik kepada masyarakat India".

Walaupun ladang dimiliki oleh MIC sejak berpuluh tahun, Maika Holding Berhad tidak menitikberatkan nasib dan masa depan pekerjanya yang terdiri kebanyakannya masyarakat India malah sanggup memperhentikan pekerjaan mereka tanpa memberi pampasan yang sewajarnya.

Kini pekerja-pekerja berasa ragu dengan skim perumahan tersebut kerana lebih 3 tahun tiada sebarang tindakan oleh Maika Holding Berhad untuk menyelesaikan masalah perumahan Ladang Tumbuk ini.

Tegas beliau lagi Kerajaan Negeri Selangor meminta semua pihak yang terlibat dengan sektor perladangan dan pekerja mengambil tindakan sewajarnya  supaya pekerja-pekerja ini dapat rumah mereka dengan secepat mungkin demi kepentingan pekerja-pekerja tersebut.

Kerajaan Pakatan rakyat  Selangor kommitted untuk membantu pekerja-pekerja ladang di Negeri Selangor.  Selepas ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat pemantauan dan menyarankan agar pihak MIC/Maika Holding Berhad untuk mempercepatkan proses perlaksanaan Skim Perumahan bagi pekerja Ladang Tumbuk.



 
 

0 comments:

top