Selangor Akan Tubuhkan Pusat Komuniti Wanita

Kerajaan negeri Selangor dibawah Jawankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan menubuhkan Pusat Komuniti Wanita bagi menempatkan suri rumah dan ibu tunggal.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, pusat komuniti itu akan bertindak sebagai tempat ibu-ibu tunggal itu berbincang, berkongsi masalah dan melakukan aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun, hanya sepuluh Dewan Undangan Negeri sahaja yang akan terlibat menubuhkan Pusat Komuniti ini.



"Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita merancang untuk menubuhkan Pusat Komuniti Wanita di setiap DUN dimana mereka dalam kategori suri rumah dan ibu tunggal boleh berkumpul di pusat ini untuk berbincang, berkongsi masalah dan seterusnya melakukan aktiviti ekonomi yang boleh membantu menjana pendapatan tambahan mereka.

Walaubagaimanapun, hanya 10 DUN yang akan dipilih dahulu untuk memastikan pusat ini dapat memainkan peranan dan fungsi sepenuhnya kepada masyarakat setempat,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab peranyaan mulut Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr Rani Osman pada Sidang Dewan Negeri, hari ini.

Menurut Dr Xavier lagi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita ini akan merancang program-program serta memantau kaum wanita di sekitar Selangor.

Sumber: TVSelangor.com

0 comments:

top