Dakwaan beberapa blog bahawa YB Dr Xavier Jayakumar berceramah di sebuah masjid di Taman Sri Andalas pada bulan Ramadhan yang lepas adalah tidak tepat.
Sebagai ADUN Sri Andalas yang merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat DUN Sri Andalas, beliau hadir ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat.
Dr Xavier hanya memberikan ucapan alu-aluan dan tidak memberi sebarang 'ceramah' seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa blog.
Bantahan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja yang menghantar memorandum kepada JAIS meminta menyiasat tindakan jawatankuasa masjid mengundang YB Dr Xavier dilihat sebagai cuba mensensasikan isu bagi meraih politik murahan serta menyalah-ertikan kehadiran Dr Xavier sebagai 'berceramah'.
0 comments:
Post a Comment