Kesedaran Diabetes Masih Rendah

Dua diarah ke hospital selepas buat pemeriksaan di Program Kesihatan

USJ - Kesedaran mengenai penyakit kronik dalam kalangan penduduk Subang Jaya masih rendah apabila program pemeriksaan kesihatan dijalankan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya baru-baru ini mendapati ramai diantaranya adalah penghidap diabetes.

Apa yang membimbangkan kesemua mereka yang didapati menghidap penyakit itu sebelum ini tidak membuat pemeriksaan sehingga ada yang tidak mengetahui mengenainya.


ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, beliau terkejut kerana selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan, dua daripada mereka yang menjalani pemeriksaan gula dalam darah diarahkan doktor ke hospital kerana didapati sudah serius dalam peringkat penyakit diabetes.

Ini menunjukkan ramai penduduk yang tidak menyedari mereka menghidap penyakit kronik seterusnya tidak mengamalkan gaya kesihatan yang betul dan mengakibatnya menjadi lebih serius.

"Ia mungkin berkaitan dengan masalah untuk ke klinik berikutan di kawasan Subang Jaya tidak ada sebuah klinik kesihatan kerajaan yang memberi rawatan dan pemeriksaan percuma kepada penduduk terutama daripada golongan miskin," katanya yang memaklumkan daripada 590 penduduk diperiksa, 154 daripadanya disahkan menghidap diabetes.

Hannah berkata, dengan inisiatif daripada Jawatankusa Penduduk (JKP), 60 doktor dan 200 sukarelawan, beliau kemudian menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan dan bertumpu di kawasan yang mempunyai paling ramai penduduk berpendapatan rendah.

"Berikutan memahami tidak ada satu klinik kesihatan tetap, kami berniat membantu dalam keperluan perubatan bagi golongan berpendapatan lebih rendah."

"Kesihatan adalah penting untuk semua dan kekurangan dihadapi kita cuba atasi dengan mengadakan program itu," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama dalam program itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan Ahli Majlis MPSJ, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Hannah berkata, dalam program dihadiri penduduk sekitar USJ dan Subang Jaya itu, 260 penduduk mendapatkan rawatan gigi, 746 mendapat pemerkisaan katarak mata dan glaukoma serta pemeriksaan kesihatan yang lain.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier A Jayakumar yang hadir bagi merasmikan program itu berharap Kementerian tidak akan mengabaikan penyediaan kemudahan hospital dan klinik untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dialisis.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan kemudahan itu untuk orang ramai.

Sumber: Sinar Harian, S7, 11 November 2009

1 comments:

Anonymous said...

Kadar diabetes dalam negara kita sudah mula menjangkau 15% . Baru 2 tahun lalu ia berada pada sekitar 10%. Ini memerlukan semua orang mula memeriksa glukose darah mereka sekurang kurangnya seminguu sekali dan mengambil langkah berjaga jaga. Tetapi meter glukose di negara Malaysia ini mahal disebabkan keuntungan berlebihan yang diambil oleh distributer. Adakah boleh Kementrian Kesihatan dapat membuat rundingan dengan Maker bukan distributer dan menjual di Hospital ?
Terima Kasih

top