Masih Ramai Tiada Sijil Kelahiran




Semenyih - Ahli Jawatankuasa (AJK) Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Lee Kai Meng berkata, permasalahan ketiadaan sijil kelahiran bagi masyarakat India di DUN itu boleh dikategorikan banyak.

Kai Meng berkata, sebanyak 20 kes yang sedang diuruskan sehingga kini dan kesemuanya adalah terdiri daripada masyarakat India.

"Kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran akan mula dihantui masalah ketika mereka memasuki sekolah menengah, sekali gus tidak membolehkan mereka memohon kad pengenalan."


"Jika keluarga berjaya berjaya memohon kad pengenalan bagi anak mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran tetapi mereka akan mendapat kad pengenalan merah," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurut Kai Meng, kes berkaitan keluarga Kandasamy itu disampaikan kepada beliau melalui sebuah pertubuhan amal dekat sini dan telah membantu permohonan keluarga itu bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata, permohonan mereka lebih mudah diuruskan berikutan kedua ibubapa masih lagi ada tetapi jika mereka yang tidak mempunyai ibubapa maka berkemungkinan menghadapi kesukaran ketika memohon.

"Maklumat berkaitan dengan ibu bapa adalah paling penting disertakan dengan bukti pernikahan mereka, sekali gus maklumat pemeriksaan bulanan ketika si ibu mengandung serta maklumat kelahiran.

"Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jayakumar juga telah menyediakan sebuah pejabat di Klang bagi tujuan menguruskan masyarakat yang tidak mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan,"katanya.

Sumber: Sinar Harian, S25, 5 November 2009

0 comments:

top