Selangor Iktiraf Khidmat Cemerlang Teoh Beng Hock

Kenyataan Media
12 November 2009


SELANGOR IKTIRAF KHIDMAT CEMERLANG TEOH BENG HOCK

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi penghargaan kepada mendiang Teoh Beng Hock atas khidmat cemerlangnya ketika bertugas sebagai setiausaha politik kepada ahli EXCO kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ean Yong Hian Wah
telah menyerahkan sijil penghargaan tersebut kepada bapa mendiang Teoh, Teoh Leong Hwee pada Isnin lalu (9 Nov) di Pejabat Dato’ Menteri Besar, Shah Alam.

Dalam pertemuan itu, Nik Nazmi merakamkan kesedihan kerajaan negeri atas nasib yang menimpa mendiang Teoh kerana beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan.

Katanya, ekoran kejadian tersebut, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan di kalangan penjawat awam Selangor.

Antara ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang turut hadir ialah ibu Teng Meng Kee, abang Teoh Meng Kee dan adik Teoh Lee Lan.  

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor





Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad menyambut kedatangan ahli-ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock. YB Nik Nazmi Nik Ahmad sedang bersalaman dengan bapa mendiang, Teoh Leong Hwee.



Dari kiri Teoh Lee Lan (adik), Teoh Lee Lan (abang), Teoh Leong Hwee (bapa) dan Teng Meng Kee (ibu) mendiang Teoh Beng Hock sedang mendengar ucapan daripada Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri YB Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Hannah Yeoh.
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada bapa mendiang, Teoh Leong Hwee. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri YB Ean Yong Hian Wah (6 dari kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, YB Hannah Yeoh (hujung sebelah kanan).

0 comments:

top