Shah Alam , 29 November - Penyakit demam denggi yang masih belum berkurangan di Selangor semakin menunjukkan peningkatan ekoran musim hujan yang berlarutan akhir-akhir ini.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, justeru itu tindakan ketat akan dikenakan kepada individu yang gagal menjaga kebersihan kawasan dan menyebabkan denggi berlarutan.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa prihatin menjalankan aktiviti pencegahan untuk mengawal wabak ini.
“Kes denggi berlaku sedikit peningkatan berikutan musim hujan yang berlarutan.Peningkatan ini hanya berlaku dibeberapa kawasan sahaja dan denggi ini adalah kes bermusim dan sekarang ini musimnya,”jelasnya.
“Tetapi saya telah ingat pegawai-pegawai di Majlis Bandaraya Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang serta beberapa kawasan lain agar sentiasa peka pada keadaan semasa dan sentiasa memastikan tinjauan dan operasi pembersihan sentiasa dibuat.Mereka juga diingatkan agar bertindak segera jika mendapat aduan mengenai kes-kes ini mencari dimana punca utama penyebaran wabak ini,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai peringkat MPP Zon 15, di Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.
Selain itu, pengurusan pembersihan di kawasan projek terbengkalai turut dipentingkan dan katanya ia akan diselenggarakan oleh majlis perbandaran kawasan terbabit dan segala kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pemaju berkenaan.
Dr Xavier turut menyeru orang awam agar lebih prihatin terhadap kesihatan mereka ketika ini berikutan penularan wabak taun di Pantai Timur baru-baru ini.
“Tentang cholera(Taun) di negeri Selangor masih dalam keadaan selamat bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa prihatin dan berwaspada tentang penularan wabak ini, memandangkan sekarang sudah musim cuti sekolah dan musim hujan berkemungkinan besar kita akan menerima kunjungan dari Terengganu dan Kelantan,”katanya lagi.
“Oleh yang demikian kita sudah minta pegawai-pegawai kesihatan daerah dan hospital masing-masing segera memberitahu jika terdapat penularan wabak itu di Selangor,”jelasnya.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment