Ucapan Penggulungan
Terkini kita sedar bahawa ekoran dari kemelesetan ekonomi global yang melanda maka berlakulah peningkatan kadar Kemiskinan Bandar ( dengan izin urban poverty) di seluruh negara lebih-lebih lagi di Negeri Selangor.
Kita mendapat “feedback” (dengan izin) bahawa begitu ramai dari golongan ini telah datang ke pejabat pejabat Adun di seluruh negeri Selangor untuk memohon bagi mendapatkan bantuan makanan, sarahidup serta mencari peluang-peluang pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga mereka. Keadaan ini begitu “ alarming” dengan izin) kerana sekiranya kita tidak dapat mengawal serta membendongnya secara ianya akan meningkatkan lagi kadar gejala sosial dan jenayah di Negeri ini.
Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sedang mengumpul data untuk mendapatkan jumlah sebenar mereka yang masuk dalam dikategori ini.
Dalam masa yang sama Stanco Kemiskinan sedang membuat kajian khusus terhadap kemiskinan Bandar di Klang kerana kita dapati bahawa daerah ini adalah antara daerah yang tertinggi menghadapi permasalahan ini.
Selain dari kemiskinan Bandar, Kerajaan Negeri juga ‘concerned’ (dengan izin) terhadap permasalahan kemiskinan yang melanda kawasan luarbandar yang agak membimbangkan yang majoritinya di kalangan masyarakat Melayu.

Kita sedang mengumpulkan input data terhadap lebih 9,000 keluarga penanam padi di kawasan Sabak Bernam yang kita kenalpasti berada di bawah paras kemiskinan.
Kita berpendapat bahawa adalah begitu malang bagi daerah yang dikenali sebagai “kawasan jelapang padi” Negeri Selangor tetapi ramai dikalangan penanam padinya jatuh di bawah kategori ini.
Dalam usaha pembasmian kemiskinan, kita juga merancangkan untuk memperluaskan lagi Program Mikro Kredit untuk membantu generasi muda, ibu-ibu tunggal dan kalangan OKU untuk menambah pendapatan mereka di bawah Skim “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan.
Di bawah Sekim ini, mereka-mereka yang layak akan diberikan percuma peralatan-peralatan pertanian, utensil untuk perniagaan antaranya mesin potong rumput, mesin pam air, mesin tebu, peralatan memasak dan dapur, peti ais menyimpan ikan (freezer) dan juga mesin jahit. Setakat ini kita telah memberi bantuan kepada 330 individu.

Kita juga merancang untuk memperluaskan lagi sekim bantuan perniaagaan yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi membantu asnaf di kalangan masyarakat Islam untuk menjalankan perniagaan. Kita merancang untuk memperluaskan sekim yang serupa kepada masyarakat bukan Islam yang miskin.
Dalam sekim ini, mereka yang terpilih akan diberikan satu lot gerai perniagaan berserta peralatan/ utensil perniagaan di lokasi-lokasi pasar pagi atau pasar tani terpilih bagi menjalankan perniagaan produk-produk yang dikenalpasti berdaya maju. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama PBT di sesebuah lokasi tersebut.
Saya amat kecewa dengan hujah-hujah ahli Yang Berhormat Kota Alam Shah yang menyalahkan pemimpinan pakatan lain yang tidak berjumpa dengan beliau untuk membincang tentang masalah-masalah masyarakat India.
Ahli Yang Berhormat sebagai seorang daripada Parti Sosialis harus sedar prinsip-prinsip sosialisme di mana kita utamakan kemewahan dan kehidupan rakyat jelata bukan puji-memuji kecemelangan tokoh-tokoh politik.
Kerajaan pakatan dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat negeri Selangor sentiasa sedia mendengar cadangan - cadangan Yang Berhormat untuk kemewahan semua rakyat bukan sahaja masyarakat India. Pintu-pintu kami terbuka untuk mendengar segala pandangan dan komen yang bernas daripada tuan untuk memajukan negeri.
Kerajaan ini sedang mengambil semua tindakan meningkatkan kehidupan sosioekonomi masyarakat India serta mengambil tindakan untuk membanteras budaya keganasan dalam kalangan golongan muda untuk kemajuan golongan muda dan RM 3.5 juta disediakan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan sosial bagi mengalakkan pemuda-pemudi melibatkan diri.

Sekolah Tamil
Sesungguhnya, komitmen kita sudah dibukti dengan memperuntukkan RM 4 juta bagi sekolah-sekolah Tamil, RM 6 juta bagi tempat-tempat ibadat, RM 2 juta bagi pekerja ladang Pada tahun 2009 Kerajaan Negeri telah memberikan sumbangan *RM4 Juta* kepada semua *97* buah Sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.
Ahli-ahli yang dihormati, keadaan sekolah tamil di negeri selangor adalah dengan izin “*in a deplorable state”. *Oleh itu kerajaan negeri telah bantu dalam membaik pulih sekolah, pembelian meja dan kerusi, membina makmal komputer yang lengkap dan bantuan infrastruktur yang lain.
Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan sejumlah *RM180,000* untuk kerja-kerja baik pulih dan pembinaan bangunan kelas tambahan di 3 buah sekolah. (RM 120,000.)SJKT Higlands,Klang, (RM 50,000) SJKT Kinrara,Puchong & SJKT Vageesar, Kuala Selangor.
Jumlah pelajar di sekolah SJKT (Tamil) Simpang Lima sudah melebihi 2,200 orang pelajar. Oleh itu Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat buat pertama kali pertama telah menyerahkan sekeping tanah berukuran 2.7 ekar kepada Lembaga SJKT (Tamil) Simpang Lima, Klang yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 20 Ogos 2009 yang lalu.
Kerajaan Negeri juga akan membina 11 buah tadika yang mengandungi 21 kelas. Dengan izin “*11 kindergartens with 21 classrooms*”. Untuk membantu masyarakat miskin keluar dari himpitan kemiskinan. Yuran bulanan untuk tadika-tadika adalah sangat rendah, dan akan disubsidikan oleh Kerajaan Negeri.
Rumah Ibadat Selain Islam
Bagaimana pula bantuan kita kepada Rumah-rumah Ibadat Selain Islam. Untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat lain sejumlah *RM2 Juta* telah diagihkan kepada *140* buah Kuil Hindu dan Gurdwara di seluruh Negeri Selangor pada tahun ini.
Jawatankuasa Rumah Ibadat Selain Islam telah Berjaya memberikan peruntukan kepada sebanyak 400 rumah ibadat secara keseluruhannya, melalui pejabat saya, YB Pandamaran, dan YB Kinrara.
Selain itu, RM 2 juta juga diperuntukkan pada pekerja ladang. Seramai130 orang pelajar telah di hantar ke INSPENs untuk latihan teknikal melalui Standco Pekerja Ladang. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang mendapat markah/gred yang teruk dalam peperiksaan SPM, tetapi mereka di berikan peluang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memperolehi Sijil Teknikal dan membangunkan diri mereka.
Kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor adalah berdasarkan sokongan semua kaum, Melayu, Cina dan India. Ini merupakan fakta yang mesti kita ingati. Saya amat bangga mengatakan Adun-adun pakatan rakyat membantu rakyat tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan fahaman politik masing-masing. Inilah yang membezakan kita daripada Kerajaan retorik Satu Malaysia, Barisan Nasional
0 comments:
Post a Comment