Klang - Sikap sesetengah pihak termasuk penduduk dilihat menjadi salah satu punca utama berlakunya banjir di Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya,
Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), M Suntharajoo berkata, perkara itu terbukti apabila pihaknya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengadakan lawatan ke situ bagi meninjau masalah banjir yang sering dialami oleh penduduk sejak kebelakangan ini.
Katanya, beliau dan Dr Xavier agak terkejut apabila mendapati kawasan itu terutama longkang di persimpangan masuk ke Bandar Puteri dipenuhi sampah sarap yang menjadi punca aliran air tersekat serta
mengakibatkan banjir."Sikap penduduk terhadap kebersihan setempat masih rendah apabila ada di antara mereka yang masih membuang sampah ke dalam longkang."
"Saya tidak faham mengapa pemikiran mereka begitu cetek kerana kesannay ditanggung oleh semua penduduk apabila berlaku banjir disini," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian minggu lalu menyiarkan bantahan penduduk Taman Sentosa terhadap kegagalan MPK dalam menangani masalah banjir di kawasan itu.
Bagaimanapun, Suntharajoo berkata, masalah banjir banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh limpahan air dari Bandar Puteri, namun disangkal oleh Presiden Kebajikan India Malaysia (PKIM), A Prakash yang mendakwa Suntharajoo dan majlis gagal serta harus bertanggungjawab terhadap masalah banjir di situ.
Sumber: Sinar Harian, S19, 18 November 2009.
0 comments:
Post a Comment