SHAH ALAM, 27 Nov - Exco Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Umno dan parti suruhan MIC mendalangi perpecahan kaum India di Malaysia.
Ketika dihubungi Tv Selangor, Xavier melahirkan kekesalan dengan isu ini dan berkata kaum India bukan sahaja berpecah sama sendiri, bahkan terpisah daripada kaum lain.
Statistik menunjukkan kadar kemiskinan dan belia bermasalah dalam masyarakat India amat tinggi.
Dipinggirkan sekian lama, tidak mengejutkan jika elemen-elemen ekstrem lahir dari ketidakpedulian kerajaan sebelum ini.Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan negeri hari ini mengambil pelbagai langkah membantu masalah kemiskinan masyarakat India melalui pendidikan dan bantuan sewajarnya agar kaum minoriti ini tidak terputus dari arus perdana.
“Kita beberapa kali telahpun nyatakan bahawa seorang pemimpin India memang kena belajar dan dia kena tolong dan bantu semua orang, bukan sahaja kaum India, begitu juga dengan pemimpin Cina dan Melayu”, jelasnya.
Xavier berkata kewujudan Badan Bertindak Hak Hindu, Parti Makkal Sakhti dan Parti Hak Asasi Manusia menunjukkan perpecahan kaum India semakin serius.
Beliau berpendapatan perpecahan ini didalangi oleh Umno-BN, bagi memastikan kaum India tidak terikut dengan arus perubahan menyeluruh yang dibawa Pakatan Rakyat.
“Saya nampak sekarang ialah Makhal Sakhti ini yang telah didaftarkan macam itu cepat sangat satu permainan oleh Najib dengan Umno dan Barisan Nasional untuk pecah belahkan orang-orang India dalam kalangan rakyat di Malaysia. Dan ini adalah satu-satu caranya macam mana orang British gunakan pecah dan perintah ini ditunjukkan dan dipermainkan oleh Najib”, kata Xavier lagi.
Mengulas kemungkinan penyertaan Parti Makkal Sakhti menyertai Pakatan Rakyat Selangor, Xavier berkata ia tidak memberi impak besar kerana masyarakat India di negeri ini sedia maklum bahawa perubahan hanya akan berlaku jika semua kaum berganding-bahu.
“Parti Makhal Sakhti ini tidak akan ada banyak kesan atas Pakatan Rakyat sebab orang India sudah faham sekarang macam mana keadaan situasi sekarang”, tegasnya.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment