Sesi temuduga diadakan selama dua hari bermula 30/11/2009 dan 1/12/2009.
Seramai 90 orang calon telah ditemuduga oleh panel pemilihan yang
diketuai oleh YB Yaakub Sapari dan YB Dr. Xavier Jayakumar , ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta YB Suhaimi Shafie, Pembantu Exco merangkap Adun Sri Muda.Mereka dibantu oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (C.A.D.O) serta penghulu-penghulu mukim dari daerah masing-masing serta pegawai-pegawai dari seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Upen.
Antara lain matlamat perlantikan ini adalah untuk membolehkan kerajaan Negeri menyampaikan maklumat kepada masyarakat India akar umbi melalui ketua-ketua komuniti yang akan dilantik nanti.
Ini adalah langkah julung-julung kali kerajaan Pakatan Rakyat melantik ketua komuniti yang mewakili masyarakat India sebagai sebahagian dari struktur pentadbiran di Negeri Selangor.
0 comments:
Post a Comment