Sambutan Hari Krismas UPEN Bersama YB Dr Xavier



Shah Alam, 16 Disember 2009 - Sambutan Hari Krismas UPEN yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dipengerusikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar telah diadakan semalam.

Ini adalah merupakan kali pertama program seperti ini diadakan sempena Hari Krismas. Biasanya program seperti ini hanya diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidilfirtri.

Sejumlah RM45,000 telah disumbangkan kepada 15 buah rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak istimewa yang telah dipilih dari seluruh negeri Selangor. Setiap rumah
kebajikan tersebut menerima sumbangan RM3,000 masing-masing.

Dalam program tersebut juga, seramai 150 orang kanak-kanak telah menerima peralatan sekolah yang merangkumi beg, botol air dan stokin bagi persiapan menghadapi permulaan tahun persekolahan yang baru.

Sumbangan telah disampaikan oleh Dr Xavier Jayakumar dalam Majlis Sambutan Hari Krismas UPEN itu di Hotel Quality.

Pertubuhan dan persatuan yang telah menerima sumbangan adalah:

1. Persatuan Kebajikan Kasih
2. Lighthouse Children Welfare Home Association
3. Praise Emmanuel Children's Home  (Petaling Jaya)
4. Rumah Perlindungan Social (NCWO-YWCA)  (Klang)
5. Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia
6. Pusat Kasih Sayang (NCWO-YWCA) (Klang)
7. Assunta Children's SOciety (Petaling Jaya)
8. Pertubuhan Pendidikan Sri Suria Intan Jaya (Batu Caves)
9. Sivananda Home (Rawang)
10. Good Samaritan Home (Klang)
11. Philea Home  (Kapar)
12. Pusat Jagaan Zion  (Klang)
13. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Kristian Selangor (Klang)
14. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Lagenda  (Klang)
15. Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang ( Pelabuhan Klang)

Dalam majlis penyampaian sumbangan itu, Dr Xavier memberitahu kerajaan negeri mensasarkan lebih banyak penerima sumbangan pada tahun hadapan supaya golongan yang kurang bernasib baik mendapat bantuan dan sokongan yang sewajarnya.









0 comments:

top