Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar membuktikan keprihatian wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Meluangkan masa bertemu dengan penduduk sekitar Kampung Jawa semalam dapat melegakan hati dan menyelesaikan masalah penduduk kawasan itu berhubung masalah saliran tersumbat.

Bercakap kepada TvSelangor dalam lawatan itu, Dr Xavier mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengenal pasti punca masalah saliran tersumbat itu.



Dalam menyelesaikan masalah penduduk itu, Dr Xavier juga telah meluluskan peruntukan tanah untuk menambak kawasan tersebut supaya lebih tinggi.

"Memperbaiki longkang-longkang yang sudah tahan dan tiada saluran air. Kena buka lah. Bagi buka dua-dua tempat. Dan lepas tu untuk tanah dan saya telah luluskan peruntukan untuk bawa tanah. Itu akan dibuat oleh pejabat tanah. Berapa lori tanah kena bawa. Sebab itu tempat ada rendah, bila hujan air turun, sebab itu kita boleh bubuh tanah," tegas beliau.

Menurut penduduk kampung yang ditemui, tiada saliran air yang sempurna di sekitar kawasan Kampung Jawa sejak 15 tahun lalu dan dan hanya ditaburi janji palsu kerajaan UMNO-Barisan Nasional terdahulu.

Akibat daripada kelalaian pihak berkuasa tempatan terdahulu, rumah penduduk sering ditengelami air ketika hujan lebat memandangkan kawasan tersebut lebih rendah.

Bagaimanapun, penduduk kampung di situ berterima kasih dengan keperihatinan wakil Pakatan Rakyat Selangor  yang bertindak menyelesaikan masalah yang melanda penduduk Kampung Jawa sejak sekian lama.

"Harapan orang kampung sini kalau boleh kita minta besarkan parit. Bila banjir kami takda lah kelam-kabut. Kalau dapat benda-benda ni terima kasih banyak lah kepada YB. Peruntukan yang lain-lain itu kita tak minta lah. Dapatkan laluan air jadi budak-budak main pun senang, tak ada banjir," ujarnya.

Turut serta dalam lawatan adalah dari Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) serta Pejabat Tanah Daerah Klang.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

top