Kerajaan negeri Selangor terus menasihati orang ramai di negeri ini supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi gelombang kedua selesema babi atau influenza A (H1N1).
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata walaupun kini negara bebas jangkitan wabak itu namun langkah pencegahan seperti yang disarankan sebelum ini perlu diamalkan bagi membendung jangkitan virus tersebut.
Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa memberi panduan kepada masyarakat bagi menghadapi gelombang kedua wabak itu yang dijangka menular lagi.
"Kita telah bagi perhatian kepada situasinya dengan kerjasama pegawai kesihatan negeri dan pejabat kesihatan negeri,kita telah bekerjasama dan kita kawal semua tempat sekarang. Masalah dia bukan macam dulu, sudah berkurangan dan kita nampak tidak ada apa-apa kes baru walaupun satu dua masih ada tapi ini bukan katakan kita lupakan H1N1 sebab WHO berkatakan bahawa gelombang yang nombor dua akan datang" katanya.
Dr Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan UPSR 2009 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.
Tambahan lagi katanya, pada musim cuti persekolahan dan musim perayaan, orang ramai di galakkan untuk terus memakai topeng mulut dan tidak terlalu kerap ke tempat-tempat awam untuk mengelakkan wabak itu.
"Sekarang musim perayaan dan musim cuti sekolah jadi jagalah bila anda keluar cuci tangan selalu,basuh tangan,bersih tangan.Kalau anda nak pergi ke satu -satu tempat boleh pakai topeng muka. Itu sahaja yang kita boleh buat untuk sementara waktu tapi sudah ada vaksin yang sudah masuk dan mereka yang ada penyakit ini,vaksin itu kita sudah sedia ada sekarang," katanya.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment