PELABUHAN KLANG, 30 Okt - Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Klang terhadap Badrul Hisham Abdullah, Adun kawasan itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan Nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.


Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada Umno untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Semua akhbar dan media elektronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama.

Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak.

Media kawalan Umno-BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

Malah mereka memperkecilkan rasional Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan.

Tindakan berani itu diambil kerana penduduk Pelabuhan Klang hilang kepercayaan terhadap Adun yang dipilih mereka pada Pilihanraya Umum 2008.

Susulan keluhan penduduk Pelabuhan Klang, Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian tidak akan melindungi Adun yang gagal membela rakyat Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya.

Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela penduduk Pelabuhan Kelang.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

top