Spekulasi Perobohan Kuil Dalam Siasatan

Tindakan pemimpin Barisan Nasional-MIC dengan memanipulasikan isu perobohan sebuah pusat pemujaan pada 21 Oktober lalu merupakan permainan politik durjana mereka semata-mata.

Insiden ini dilihat sebagai satu cubaan daripada BN lagi untuk melontar fitnah menggunakan sentimen agama ke atas pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, K Uthayasoorian berkata, MBSA akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak BN-MIC masih terus memainkan isu sensitif ini.

K Uthayasoorian berkata demikian dalam sidang media di bangunan MBSA petang tadi.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mokhtar Hani menegaskan bahawa struktur bangunan yang dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam 21 Oktober lalu di Jalan Persiaran Kerjaya, Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam bukanlah kuil mahupun pusat ibadat.

"Lawatan siasatan yang telah dilakukan oleh unit aduan bahagian pengatkuasa MBSA pada 16 Februari 2009, jam 6.00 petang lalu satu notis dikeluarkan dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 70 (1) mendirikan Struktur binaan tanpa kebenaran daripada pihak Majlis. Bangunan yang dirobohkan ini disebut sebagai Tokong Datuk, ini bukanlah kuil mahupun mana-mana rumah ibadat, tetapi sebenarnya adalah tempat pemujaan bagi ramai orang yang meminati nombor ramalan bagi tujuan perjudian. Mereka diberikan tempoh 1 bulan bagi proses pemindahan" katanya.

Sumber: TVSelangor


0 comments:

top