KLANG, 15 Oktober - Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menyerahkan bantuan fakir miskin dan Orang Kurang Upaya(OKU) kepada 150 keluarga beragama Hindu sempena perayaan Deepavali Sabtu ini.
Bantuan berupa wang tunai RM100 diserahkan di suatu majlis Deepavali anjuran syarikat konsesi air Syabas di Taman Klang Jaya, malam semalam.
Selain dari Xavier, turut hadir adalah Pegarah Eksekutif Sumber Strategik Syabas, Ir. V Subramaniam mewakili Ketua Pengarah Esekutif Tan Sri Rozali Ismail.
Rata-rata penerima sumbangan ini melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan Syabas dan kerajaan negeri.
Penerima-penerima ini ialah dari berebapa kawasan di Selangor iaitu 20 orang dari Dun Sementa, 30 dari Dun Pelabuhan Klang, 50 dari Dun Sri Andalas, 20 dari Dun Sri Muda dan 30 dari Dun Selat Melaka.
Pengawal Keselamatan,Guna A/L Saanmugam,26 berkata sumbangan ini sedikit sebanyak menceriakan golongan sepertinya.
“Gembira la, ucap terima kasih kepada yb sama Syabas…tak pernah dapat sumbangan, first time dapat,guna untuk perbelanjaan deepavali boleh baju untuk anak, baju ke,itulah”,katanya.
Sementara Lekthumy A/P Martha, 33, dari Kapar berkata dia gembira diatas pemberian yang tidak disangka sempena pesta cahaya tahun ini.
“Itu Dato’ banyak terima kasih, lagi saya susah punya orang ini macam kasi banyak terima kasih semua orang.Saya pun ini macam tak pernah mari, ini hari mari”,katanya.
Bagi adik Viknesh A/L Soorishkumar, 17 dari Klang,sumbangan malam tadi akan digunakan untuk membeli pakaian baru sempena Deepavali.
“Terima kasih kepada semua yang bantu, dan kepada YB yang berhormat Charles Santiago”katanya.
Majlis sempena sambutan Deepavali ini merupakan yang julung kali diadakan Syabas. Majlis dimulakan dengan penyalaan lampu ntradisional kaum india dan jamuan makan malam.
Syabas berharap sumbangan ini dapat meringkan sedikit beban penerima sumbangan, selain memupuk semangat muhibah selaras dengan tanggungjawab korporat Syabas kepada masyarakat.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment