Sidang Media 29 Oktober 2009

Isu Tokong Datuk, Persiaran Kerjaya, Glenmarie, Shah Alam, Selangor

1) Kerajaan Negeri berpendirian bahawa tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) adalah tidak wajar dan tindakan perobohan tersebut sepatutnya tidak berlaku. Tindakan telah diambil untuk mempastikan perkara ini tidak berulang di masa akan datang.

2) Kerajaan telah mengarahkan semua PBT dan Pejabat Daerah / Tanah di seluruh Selangor untuk menghubungi dan berbincang dengan EXCO terlebih dahulu sebelum tindakan perobohan dilakukan terhadap mana-mana struktur rumah ibadat.



3) Dalam kes Tokong Datuk ini, berdasarkan siasatan kami menunjukkan bahawa tokong tersebut beroperasi tanpa kebenaran dari pihak MBSA.

4) Kita juga mendapati bahawa pihak MBSA ada mengeluarkan notis kepada pihak Tokong agar mengosongkan premis tersebut.

5) Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa tiada tindakan perobohan akan dilaksanakan terhadap rumah ibadat ‘sediaada’ kecuali terhadap binaan atau struktur baru yang dibina tanpa mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

6) Dalam masa yang sama YB Exco telah mengadakan perjumpaan dengan pengurus tokong dan beberapa orang yang lain pada 27 Oktober yang lalu. Dalam perjumpaan itu Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan tokong tersebut menjalankan aktiviti di lokasi tapak untuk tempuh Dua Bulan (2) bulan lagi sehingga bulan Disember 2009 bagi membolehkan pihak tokong mendapat lokasi baru untuk memindahkan tokong sediaada.

7) Kerajaan Negeri ingin merakamkan rasa sedih dan kecewa apabila beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan fakta dan mempolitikkan isu ini untuk agenda dan kepentingan masing-masing tanpa memperdulikan impaknya terhadap keharmonian rakyat kita yang berbilang bangsa.

8) Kerajaan Negeri telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengambil tindakan Undang-undang terhadap individu-individu dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.


YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh : 29 Oktober 2009

1 comments:

Satria Asia said...

Sabotaged by Umno-friendly officers kut YB. Sack them lah or have them transferred to the ulu-est part of Selangor. You folks at the Exco are too weak. You are the government, act like one and move these saboteurs elsewhere. And keep moving them if you have too.
The MB should try and get some calcium in this spine.

top