Adun PKR Saran Badrul Letak Jawatan




Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham disaran meletakkan jawatan kerana ketidakmampuan menjalankan tugas menjejaskan perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.

“Menteri Besar akan maklumkan pada Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat Keadilan Rakyat bahawa beliau mahu Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau menunjukkan prestasi dan sebelum ini kita sudahpun menghantar satu surat tunjuk sebab yang dihantar oleh pihak pimpinan PKR dan beliau sudah pun membalas surat tunjuk sebab itu dengan mengatakan beliau bersedia untuk bertemu kita pada bila-bila masa saja dan sampai hari ini kita cuba hubungi beliau masih tiada jawapan.Manakala Pusat Khidmat Dun beliau telah pun ditutup dan tidak dapat dihubungi oleh rakyat,”katanya.


Badrul Hisham menjadi wakil rakyat setelah memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang dalam PRU 12 tahun lalu.

Walaubagaimanapun prestasi Adun PKR ini merosot ekoran masalah peribadi.

Menurut Nik Nazmi, PKR memandang serius kes ini kerana kerajaan negeri mengharapkan komitmen seratus peratus dari wakil rakyat.

“Jadi macamana kita hendak bergerak ke depan kerana seorang pemimpin perlu komited dalam menjalankan amanah dan tugas beliau dan jalan terbaik adalah kita minta beliau letak jawatan,”jelasnya.

Sementara itu Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar menggesa Badrul Hisham supaya akur dengan keputusan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana wakil rakyat atau pegawai yang gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Kita tiada masalah dengan beliau dan saya ingat beliau ada masalah peribadi sama ada masalah kesihatan atau masalah kerja,tetapi jika beliau ada masalah kerja beliau boleh berbincang dan kita boleh bantu.Tetapi beliau tidak mahu langsung bertemu atau menghadiri sebarang majlis kerajaan negeri. Jadi saya fakir beliau memang menghadapi masalah peribadi dan kita sebagai satu pasukan perlu mangambil tindakan,”jelasnya.



Sumber: TVSelangor


0 comments:

top