Shah Alam - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, 'Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin' yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.
Menurutnya, program itu memberi bantuan membina semula rumah berkeadaan daif dan tidak boleh diperbaiki.
"Kita memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi di baiki pada harga RM30,000 sebuah dan rumah ini dibina lengkap dengan tiga bilik tidur dan bilik air serta berkeluasan 560 kaki persegi dan ia termasuk pendawaian dalaman elektrik dan pemasangan paip air dalaman.
"Program ini juga memberi bantuan membaik pulih bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM10,000," katanya dalam satu kenyataan disini, semalam.
Menurutnya, setiap permohonan ini perlu memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan sebelum ia diluluskan oleh jawatankuasa pemilihan.
"Antara kriteria itu ialah rumah yang didiami itu telah wujud dan dalam keadaan daif dan ia dibina atas tanah milik sendiri dan tanah TOL (sijil layak menduduki sementara) yang diberi kebenaran oleh Pejabat Tanah Daerah dan keutamaan diberi kepada rumah yang dimiliki oleh ketua keluarga yang berumur 50 tahun ke atas dan masih boleh bekerja.
"Selain itu pendapatan isi rumah pemohon hendaklah dibawah RM419 dan terdapat bukti bahawa rumah berkenaan diduduki pemohon dan tanggungannya," katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan seorang duda yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang yang kesal kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan itu ditolak, Dr Xavier berkata, permohonan itu ditolak kerana ia tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Permohonan itu telah ditapis dan dibincangkan dalam satu jawatankuasa pemilihan program tersebut dan ia (jawatankuasa) turut diwakili oleh Pegawai Daerah, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan penghulu.
"Setelah meneliti permohonan itu, jawatankuasa itu menolak kerana ia tidak memenuhi kriteria yang diperlukan. Jadi, dakwaan menyatakan saya sendiri menolak permohonan itu adalah salah," katanya.
Sumber: Sinar Harian, S11, 28 Oktober 2009

0 comments:
Post a Comment