Rumah Kebajikan Di Selangor Perlu Diaudit-Xavier

Kerajaaan Negeri Selangor mahu kewangan semua badan kebajikan di seluruh negeri diaudit setiap tahun.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata langkah ini perlu bagi memastikan peruntukan agihan kerajaan negeri, korporat dan individu dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan terbabit.

Selain itu, langkah ini juga diambil bagi membendung penyelewengan dana pihak oleh tidak bertanggungjawab.

“Kita baca dalam surat khabar ada sedikit masalah dengan beberapa rumah yang nama dia rumah kebajikan, ini orang-orang yang ambil peluang dan dia nak bagi bantuan, ini kenalpastikan bahawa mereka buat dengan telus dan ada keikhlasan mereka untuk membuat kerja ini, kalau itulah keadaannya, kerajaan negeri mampu untuk tolong mereka dan bagi sumbangan kepada mereka. Tetapi kalau kita terdapat rumah-rumah itu saja macam tu, bila tanya sumbangan memang takkan dapat dari kita”, kata Dr Xavier.

Dr. Xavier Jayakumar berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim anjuran Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor di Shah Alam tengah hari tadi.

Sehubungan itu, Xavier menasihatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya menjalankan audit di rumah anak-anak yatim piatu di Selangor agar kewangan rumah-rumah terbabit lebih telus.

Sekiranya terdapat mana-mana rumah kebajikan yang menunjukkan kecurigaan dalam akaunnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat harus menutup operasi rumah terbabit.

Beliau menambah kaedah menggred perlu diperkenalkan supaya anak-anak Selangor yang menginap di rumah-rumah kebajikan mendapat perhatian dan perkhidmatan yang selesa, cekap dan berkesan.

“Kita pun kena ada sedikit maklum balas dari mereka, tanggungjawab mereka itu buat kerja dia dengan baik macam akaun mereka kena telus, akaun kena tunjuk, perbelanjaannya macam mana, jadi if you open your book, you show ure doing good job, and you need money, orang ramai akan tolong, korporat-korporat semua akan bagi sumbangan dan dana, sebab mereka memang ada dia punya keutamaan untuk bagi . Kita bila macam rumah-rumah 9 ini kita bagi tu memang kita punya semua pegawai turun dia pergi periksa rumah, tetapi audit itu jabatan yang boleh buat audit dan kena buat audit ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia kena buat audit, sebab dia ada peruntukan, dia ada dana, dia ada mekanisma, jadi dia ada senarai dia sendiri dan dia lah yang kena buat audit dan kalau perlu tutup mana-mana rumah macam ni yang ada, dia kena tutup, if you not performing according to the rules and regulation, we have put the stop, it our responsibility, nobody do this as a business nobody should do this, it should be purely done on a social basis dengan niat kebajikan dengan niat baik dan ketelusan, itu yang mereka kena lakukan”, jelasnya lagi.

Sumber: TVSelangor


0 comments:

top