Shah Alam - Kerajaan Negeri memutuskan untuk menghantar pulang mayat pembantu rumah warga indonesia yang disyaki didera majikannya sehingga meninggal dunia dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, Kerajaan Negeri akan memberi bantuan supaya mayat Mantik Hani, 26, selamat dibawa pulang.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan memberikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa.
"Kita juga telah berhubung dengan kedutaan Indonesia berhubung perkara ini. Kita juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakyat Indonesia. Saya berharap hubungan baik Malaysia-Indonesia akan diteruskan seperti sekarang."
"Ini adalah kes terpencil dan kami juga mahu pihak polis membuat penyiasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat dalam kes ini. Saya pasti tiada siapa di negara ini yang dapat menerima apa yang berlaku," katanya.
Isnin lalu, Mantik Hani disyaki didera majikannya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Mangsa dikatakan dikurung dalam tandas kediaman majikannya dengan pelbagai kesan kecederaan teruk di seluruh badan.
Sumber: Sinar Harian, S12, 29 Oktober 2009

0 comments:
Post a Comment