PRK Hulu Selangor Pertandingan Empat Penjuru




KUALA KUBU BAHARU 17 Apr - Pilihan Raya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan dua calon bebas.

Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahalan mengumumkan pukul 11.20 pagi bahawa Pakatan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim manakala BN oleh Ketua Penerangan MICA, P Kamalanathan.

Dua calon bebas pula ialah VS Chandran, bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor dan Joham Mohd Diah, 31 tahun.

Pencalonan Zaid dicadangkan  oleh Radzali Mokhtar dengan A Robert Anthony sebagai penyokong.

Kamalanathan pula dicadang oleh Adnan Buyong dan disokong oleh Chia Yew Hon.

Manakala Johan dicadangkan oleh Rusli Salleh dan disokong oleh Samsuri Saari sementara Chandran dicadangkan olehKumaresan Supaniam dan disokong oleh Vaithilingam Supramaniam.

Seorang lagi calon bebas, Anuradha Jeyasingam tiba di pusat penamaan calon pukul 8.30 tetapi ditahan polis.  
Nor Hisham memaklumkan tidak ada bantahan diterima SPR terhadap mana-mana calon.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

top