Showing posts with label tamil schools. Show all posts
Showing posts with label tamil schools. Show all posts
Shah Alam, 14 Februari 2013 - Dato Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri sesi dialog dan soal jawab bersama editor-editor dari akhbar berbahasa Tamil di Midlands Tamil School Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam sesi dialog yang bertajuk "If I Become the Prime Minister - Q & A - Addressing Policy Issues Affecting Tamils" tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para editor.

Turut hadir dalam program tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta para pemimpin komuniti india.

Berikut adalah foto-foto pada program tersebut.



















MEDIA ALERT

Press Conference: Novel Tamil School Projects Supported By Selangor Government




In its effort to address poor performance of Tamil school children, Selangor State Goverment had allocated RM 4M for 97 Tamil schools in Selangor. A sum of RM 1.6M was given to three NGOs as grants to undertake innovative programmes.

This press conference will be addressed by the representatives from the State Goverment, Parliament members and participating NGOs. The issues include, transparency and accountability of the funds, explanation on the programmes and interaction between programme initiators and media.

Date: 9 November 2009 (Monday) TODAY
Time: 3.00 PM
Venue: Lotus Restaurant Meeting Room, Lotus PJ State (Cinema)

Contact Person:   

-      Elantamil          012-3143910
-       Soorian             016-2108770
-       Pasupathi         012-2245514

Your participation and coverage is very much appreciated.

Thank You.
Sabak Bernam, 15 Oktober 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor kesal dengan sikap Kementerian Pelajaran Malaysia yang membina sebuah sekolah Tamil begitu hampir dengan talian kabel bervoltan tinggi TNB.

Beliau telah melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan SJK Tamil Ladang Sabak Bernam baru-baru ini.

Tanah tersebut adalah milik syarikat perladangan Sime Darby yang telah diserahkan kepada kementerian untuk pembinaan sekolah tersebut.

Beberapa orang ibubapa dan PIBG sekolah tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk menerima lokasi tapak tersebut tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka agar berunding dengan pihak Sime Darby untuk lokasi yang lebih sesuai yang terletak di lokasi bersebelahan yang lebih jauh dari talian kabel TNB tersebut.

YB Dr Xavier mengatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar memindahkan sekolah tersebut seperti lokasi yang dicadangkan oleh ibubapa. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan menghubungi pihak Yang Dipertua serta Jabatan Perancang Majlis Daerah Sabak Bernam untuk mendapatkan maklum balas bagaimana pihak Majlis boleh meluluskan pelan lokasi tapak sekolah tersebut tanpa mengambil kira tapak tersebut begitu hampir dengan kabel TNB tersebut. Tegas beliau lagi lokasi sekolah yang begitu hampir dengan talian bervoltan tinggi TNB tersebut membahayakan keselamatan murid-murid dan ibubapa serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain.






Kerajaan negeri Selangor akan menyumbangkan 200 kerusi dan meja kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang dalam masa terdekat.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia berikutan kekurangan kemudahan itu di satu-satunya sekolah Tamil di daerah itu.

“Sekolah ini juga kekurangan meja dan kerusi untuk murid2, itu kerajaan Selangor akan sampaikan meja dan kerusi.

“Dua ratus buah kerusi dan meja, jadi itu permintaan mereka, bangku dan lain-lain, itu dari kerajaan kita boleh luluskan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke sekolah itu dan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, semalam.

Menurut Dr Xavier, pemberian bantuan itu akan segera diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu mereka belajar dalam keadaan selesa.

Pada masa sama, katanya, di dalam tanah sekolah seluas 4.3 ekar itu, terdapat pencerobohan tanah yang menempatkan deretan kedai makan, dan penempatan setinggan di tanah belakang sekolah.

Beliau berkata akan menggunakan cara yang baik dengan megadakan perbincangan bersama penduduk dan pemilik kedai agar menyerahkan tanah itu semula kerana ia milik sekolah.

Menurut Dr Xavier, mungkin wujud kekeliruan kepada penempatan itu berikutan sebahagian tanah sekolah itu telah dipagar oleh pihak sekolah, bagaimanapun ia masih milik sekolah.

“Bukan halau, saya nak mulakan perbicangaan, sampai sekarang tiada perbincangan, beritahu mereka duduk atas tanah sekolah, budi bicara itu penting. jangan halau siapa-siapa keluar, kena ada satu persetujuan yang dua-dua pihak setuju dan dapat maklumat yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan di kuil berdekatan kawasan itu, Dr Xavier juga menyerahkan bantuan sebanyak RM50 ribu kepada kuil Sri Veerakathy bagi pembangunan kuil dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan ibadat itu.

“Melalui kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor, saya telah menyumbangakn RM 50,000 untuk kuil ini, pembangunan mereka dan aktiviti-aktiviti mereka dalam kawasan disini,” katanya.

Katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan dialog bersama penduduk di kuil itu, usaha-usaha yang dilakukan itu adalah untuk merakyatkan ekonomi rakyat negeri Selangor dan mendekatkan diri dengan rakyat dengan mengambil aduan-aduan mereka bagi dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

Sumber: tvselangor.com

TEKS UCAPAN YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SEMPENA MAJLIS PEWARTAAN PEMBERIAN TANAH SEKOLAH
KEPADA SRJK TAMIL SIMPANG LIMA DUA, DI TAMAN SENTOSA


  • YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim - Dato' Menteri Besar Selangor
  • YB Puan Halimah Bte Mohd Ali - EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,
  • YB EXCO...
  • Ketua-ketua Jabatan...
  • Tuan / Puan hadirin yang saya hormati

50 Tahun yang lalu, kebanyakan sekolah Tamil bertumpu di kawasan perladangan dan estet-estet. Ini adalah kerana peratusan besar kaum India tinggal disana.

Melalui proses urbanisasi yang berlaku dengan begitu pesat, ramai orang India telah berpindah ke kawasan Bandar.

Bilangan Sekolah Tamil di kawasan bandar yang bertambah mencerminkan pertambahan mendadak kaum India.

Malangnya, akibat kekurangan sumber kewangan, kemudahan di sekolah-sekolah Tamil ini tidak memadai dan tidak mampu untuk menanggung bilangan pelajar yang bertambah. Masalah yang lebih besar ialah masalah kekurangan tanah untuk sekolah Tamil.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sedar bahawa pendidikan amat penting dalam pembentukan masyarakat yang cemerlang, maju dan progresif. Kerajaan melihat Sekolah Tamil Simpang Lima sebagai salah sebuah sekolah yang memainkan peranan yang penting dalam arus pembangunan pendidikan masyarakat setempat.

Sekolah Tamil Simpang Lima mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Seratus lima tahun yang lalu, sekolah ini dimulakan di sebuah kedai yang disewa di jalan Tengku Diaudin. Selepas setahun, sekolah ini dipindahkan kepada sebidang tanah yang telah didermakan berdekatan dengan roundabout Simpang Lima, dan dengan itulah terlahir nama sekolah Simpang Lima.

Pada tahun 1923, sekolah ini menjadi sekolah yang diiktirafkan oleh kerajaan. Dengan itu, populasi pelajar bertambah dengan mendadak dan satu blok bangunan baru dibina. Tidak lama kemudian, bangunan ini tidak dapat menampung populasi pelajar yang kian bertambah.

Kini sekolah ini mempunyai 2244 orang pelajar dan 98 orang guru.

Untuk makluman, pencapaian UPSR sekolah sejak 4 tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa SJK(Tamil) Simpang Lima, Klang berada dalam kategori 5 sekolah Tamil terbaik di Malaysia dalam pencapaian UPSR dan merupakan sekolah terbaik di negeri Selangor.

Tahun lepas, sebanyak 36 pelajar mendapat 7A dan 49.1% lulus sepenuhnya. Keputusan yang cemerlang ini mencerminkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Jelasnya, sekolah ini menjadi pilihan yang popular dalam kalangan masyarakat setempat.

Penambahan murid yang drastik setiap tahun menyebabkan keperluan sekolah dari segi kemudahan prasarana juga semakin diperlukan. Walaupun sekolah terpaksa menghadkan pengambilan murid setiap tahun tetapi desakan daripada pihak ibu bapa semakin meningkat.

Kerajaan Negeri Selangor amat peka terhadap masalah ini dan berganding bahu untuk terlibat dalam proses perkembangan sekolah Tamil ini.

Kerajaan Negeri Selangor telah julung-julung kalinya meluluskan pemberian sebuah tapak tanah berukuran 2.72 ekar di Jalan Dato' Dagang 6, Lot 66392, Taman Sentosa, Klang bagi pembinaan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil yang akan menjadi SRJKT Simpang Lima Dua.

Kelulusan dibuat setelah meneliti permintaan pendudk dikawasan Taman Sentosa dan mengenalpasti bahawa sekolah-sekolah berdekatan yang sedia ada iaitu SRJKT Simpang Lima dan SRJKT Batu Empat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat terhadap sekolah Tamil. Kedua-dua sekolah ini mempunyai seramai 3,189 pelajar dan tidak mampu lagi menerima pelajar-pelajar baharu.

Sekolah yang baharu ini dijangka boleh menampung lebih 1,000 orang pelajar.

Langkah pemberian tanah ini adalah usaha peringkat kedua oleh Kerajaan Negeri dalam menaikkan taraf pendidikan di Negeri Selangor. Usaha peringkat pertama adalah peruntukan RM4 Juta bagi setiap sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dengan elokasi wang ini, pelbagai program yang inovatif dan efektif dijalankan untuk sekolah-sekolah Tamil. Antaranya termasuklah:

  • pembinaan Tadika
  • program untuk pelajar lembab (Slow Learner Programme)
  • program pengkayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • program motivasi dan kepimpinan
  • perkemahan (Young Nature Campers)
  • Total Immersion Camps (TIC) - memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris
  • program yang melibatkan partisipasi ibubapa (Parents Assuring Students Success)
  • tinjauan tanah untuk sekolah Bantuan Modal
  • percetakan majalah untuk sekolah Tamil

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat amat komited dengan usaha meningkatkan taraf pendidikan negeri selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor.


Sekian Terima Kasih.

Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor

Tarikh: 20 Ogos 2009


Foto Sekitar Majlis Perwartaan






Isu pemberian tanah kepada sekolah Tamil di Klang yang berlarutan sejak sekian lama, selesai apabila tanah seluas 2.72 ekar dianugerahkan oleh kerajaan negeri Selangor, hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian tanah rizab ini adalah untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang 5 (Dua), Taman Sentosa, Klang.

Ia berikutan permintaan penduduk terhadap sekolah yang menggunakan bahasa ibunda semakin meningkat dan sekolah sedia ada tidak mampu menampung pertambahan itu.

“Ada setengah sekolah sudah membuat beberapa bilik darjah tambahan, tapi masih lagi belum cukup untuk menampung permintaan masyarakat kaum India, untuk belajar di sekolah tamil.

“Dengan adanya sekolah ini kita akan lebih dapat merancang pelajaran-pelajaran yang diberi kepada sekolah-sekolah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perwartaan pemberian tanah rizab kepada Lembaga Sekolah SRJK Tamil, di Taman Sentosa Klang, petang tadi.

Tan Sri Khalid berkata, pembinaan bangunan sekolah tambahan SRJK Tamil Simpang Lima (Dua) ini mampu menampung lebih seribu pelajar.

Katanya, sebelum ini, masalah timbul apabila ibu bapa dari kawasan itu terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan tamil Batu Empat dan Simpang Lima yang terletak antara 5 dan 7 kilometer.

Tambahnya, kawasan Taman Sentosa ini mempunyai populasi lebih 55 peratus masyarakat India, iaitu 8 ribu orang, terdiri daripada pengundi India.

Tan Sri Khalid berharap, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera untuk mendirikan bangunan sekolah terbabit.

“Kita harap kerajaan persekutuan mengambil tindakan secepat mungkin pembinaan ini,” katanya.

Turut hadir, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Kim, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Dr Halimah Ali, dan Ronnie Liu.

Dalam pada itu, penduduk setempat yang ditemui gembira dengan pemberian tanah ini untuk pembinaan sekolah baru.

“Kami mengalu-alukan apa yang kerajaan negeri Selangor kini lakukan dan mereka memang banyak improvement, khasnya sekolah-sekolah tamil, dulu memang kita kekurangan bilik darjah semua, jadi sekarang kita dapat satu sekolah yang baru, ini detik manis buat kami,” kata Bekas Ahli Jawatankuasa SJK(Tamil) Simpang Lima, K.Govin.

“Hari ni kita sangat-sangat gembira bahawa kerajaan Selangor pakatan Rakyat telah memberikan tanah kepada sekolah Tamil, kami sangat gembira dan bangga, tak kira sekolah apa pun termasuk sekolah Cina dan sekolah kebangsaan biasa,” kata penduduk Taman Sri Andalas, Sangetha.

Manakala bagi A.Saraswathy, penduduk dari Bandar Puteri berkata, kerajaan Pakatan Rakyat mengambil berat terhadap semua kaum, tidak mengira bangsa, dan ini pertama kalinya melihat banyak perbezaan telah berlaku di Selangor, dan yakin banyak lagi perubahan kepada semua masyarakat.

Sumber: TVSelangor
Media Alert

Majlis Perwartaan Tanah
Sekolah Tamil SJKT Simpang Lima 2



Kepada Semua Editor Media


Sukacita dimaklumkan bahawa YB Tuan Dr Xavier Jayakumar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin akan mengiringi YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke program tersebut. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2009 (Khamis)

Masa: 5 petang

Tempat: Lot 66392, Jalan Dato Dagang 6, Taman Sentosa, Klang

Tuan / Puan dijemput hadir untuk membuat liputan.


Sila rujuk peta dibawah (klik imej untuk imej yang lebih besar).

Pertandingan Drama Tamil Antara Sekolah

Klang, 16 Ogos 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Pertandingan Drama Tamil antara sekolah yang diadakan dalam Klang. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Klasik Telok Panglima Garang. Pertandingan ini telah diadakan tiga tahun berturut-turut sejak 2007.

Dua puluh sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Hadiah pertama dimenangi oleh SRJKT Batu Ampat Kampung Jawa, kedua ialah SRJKT Ladang Emerland Sri Muda dan ketiga ialah SRJKT Simpang Lima, Taman Sri Andalas.

Kerajaan Negeri Selangor dari Stanco Pekerja Ladang memberi sumbangan bagi program tersebut sebanyak RM10,000. YB mengatakan bahawa beliau begitu terkejut dengan lakonan pelajar-pelajar tersebut yang begitu memberangsangkan. Beliau juga memberitahu bahawa pelajar-pelajar ini perlu diasah lebih lagi dan perlu diberi latihan di dewan drama yang besar dan khas untuk drama kerana kemungkinan besar mereka akan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pada masa depan dalam pertandingan drama.

Pemberian Tanah Kepada Sekolah Tamil

KENYATAAN MEDIA

12 OGOS 2009 (RABU)

PEMBERIAN TANAH KEPADA SEKOLAH TAMIL


Shah Alam - Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan pemberian sebuah tapak tanah berukuran 2.72 ekar di Jalan Dato' Dagang 6, Lot 66392, Taman Sentosa, Klang bagi pembinaan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT).

Kelulusan dibuat setelah meneliti permintaan penduduk dikawasan Taman Sentosa dan mengenalpasti bahawa sekolah-sekolah berdekatan yang sedia ada iaitu SRJKT Simpang Lima dan SRJKT Batu Empat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat terhadap sekolah Tamil.

Kedua-dua sekolah ini mempunyai seramai 3,189 pelajar dan tidak mampu lagi menerima pelajar-pelajar baharu. Atas sebab ini, ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka di sekolah Tamil di Bandar Klang dan Pelabuhan Klang yang jauh dari rumah mereka.

Dengan adanya sekolah baharu, Kerajaan Negeri berharap ianya dapat mengurangkan beban kewangan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka yang bersekolah jauh dari rumah. Sekolah yang baharu ini dijangka boleh menampung lebih 1,000 orang pelajar.

Langkah pemberian tanah ini adalah usaha peringkat kedua oleh Kerajaan Negeri dalam menaikkan taraf pendidikan di Negeri Selangor. Usaha peringkat pertama adalah peruntukan RM4 juta bagi setiap Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Kerajaan negeri amat komited dengan usaha meningkatkan taraf pendidikan negeri selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Klang, 28 Julai 2009 - Dengan kerjasama pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), YB Dr Xavier Jayakumar telah menganjurkan Lawatan Pasukan Bolasepak Selangor ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima di Taman Sri Andalas, Klang.

Ini adalah lawatan pertama Pasukan Bolasepak Selangor ke sebuah sekolah Tamil. Sekolah ini adalah sekolah Tamil yang terbesar di Malaysia.

Dalam majlis lawatan tersebut, YB Dr Xavier menyumbang 100 tiket bagi perlawanan Selangor menentang Persib FC dari Indonesia kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Turut menerima tiket perlawanan tersebut adalah 4 buah sekolah rendah berhampiran, iaitu SK Taman Sri Andalas, SK Taman Klang Jaya, SK Kampung Jawa 1 dan SK Teluk Menegun. Setiap sekolah tersebut menerima 50 tiket.

Pelajar-pelajar begitu teruja melihat kunjungan pemain-pemain handalan kegemaran mereka seperti Amri Yahya, D Surendran, Safee Sali dan Hardi Jaafar datang ke sekolah mereka.

Dilaporkan oleh,
Jestin Raj
Pegawai Khas YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Dr Xavier di Pertandingan Drama Bahasa Malaysia

Klang, 26 Julai 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Pertandingan Drama Bahasa Malaysia yang telah diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima, Taman Sri Andalas, Klang.

Pertandingan tersebut disertai beberapa kumpulan dan program seperti ini diadakan bagi mencungkil bakat pelajar dari sekolah Tamil dalam Bahasa Malaysia dan lakonan pentas. Lebih menarik lagi drama-drama tersebut bertemakan zaman kesultanan melayu.

Pelabuhan Klang, 25 Julai 2009 - Seramai lima puluh orang pelajar dari beberapa sekolah di sekitar Pelabuhan Klang telah menerima bantuan berbentuk cermin mata dalam Program Pemberian Cermin Mata bagi pelajar-pelajar miskin.

Dalam majlis yang berlangsung pada hari tersebut juga YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi sumbangan bantuan sebanyak RM5,000.

RM1.6 juta Naik Taraf Sekolah Tamil

Shah Alam - Kerajaan Negeri menyarankan pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah dalam usaha memantapkan pengurusan sekolah berkenaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ini berikutan kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini tidak mempunyai lembaga berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada guru besar dan ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Tamil pada bermesyuarat dengan wakil, guru besar dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah Tamil di Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Mesyuarat yang selain membincangkan pelbagai isu melibatkan masalah yang dihadapi sekolah-sekolah jenis itu di negeri ini itu juga turut membincangkan mengenai cadangan pembinaan tadika dan beberapa program lain bagi memantapkan fungsi sekolah Tamil.

Dr Xavier berkata, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf dan pembangunan sekolah Tamil.


Sumber Berita: Sinar Harian, 22 Julai 2009, S29




Shah Alam - Sekolah Tamil di negeri ini digesa mewujudkan Lembaga Detektif bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan demi kepentingan murid dan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika bermesyuarat dengan wakil sekolah Tamil di Dewan Annex, Bangunan SUK, kelmarin.

Katanya, selama ini sekolah Tamil bergantung kepada bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi dengan penubuhan Lembaga Detektif ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan.

"Pendidikan amat penting untuk masyarakat India keluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat mencari pekerjaan yang baik."

"Pada masa ini sebanyak 65 peratus anak orang India dihantar ke sekolah Tamil dan sebanyak 45 peratus anak-anak India tidak dihantar ke prasekolah. Kebanyakan mereka tidak mampu untuk membayar kos pembelajaran tersebut," katanya.

Menurut beliau, walaupun ada dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar tetapi kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak ke prasekolah.

Berikutan itu, beliau akan menubuhkan lebih kurang 10 sekolah untuk pendidikan prasekolah khususnya di kawasan taman perumahan dan estet.


Sumber Berita: Sinar Harian, 22 Julai 2009, S4


Petaling Jaya, 24 Jun 2009 - Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghulurkan bantuan kepada 27 buah sekolah Tamil dan 4 badan bukan kerajaan (NGO).

Majlis menghulurkan bantuan tersebut telah diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Sebanyak RM1.6 juta telah diperuntukkan untuk program bantuan kepada sekolah-sekolah tamil dan NGOs tersebut. Badan bukan kerajaan yang terlibat dalam program ini adalah Tamil Foundation, Edu-cation Welfare and Research Foundation (EWRF) dan Child Information Learning and Development Centre (Child).

Cek bantuan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar. Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Klang, YB Charles Santiago.

Juga menerima bantuan adalah Parkinson Association of Malaysia dengan menerima cek sebanyak RM10,000. Menurut persatuan tersebut, ini adalah kali pertama mereka menerima bantuan sebanyak itu daripada badan kerajaan.

Dilaporkan oleh,
Jestin Raj Savarimuthu
P.A kepada Dr Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
Petaling Jaya - Kerajaan negeri akan menubuhkan sepuluh buah prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsan Tamil (SJKT) di seluruh negeri ini dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, penubuhan prasekolah berkenaan dibuat dengan kerjasama tiga buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, prasekolah berkenaan akan ditubuhkan di lokasi yang sesuai dan beliau menjangkakan 30 hingga 40 buah prasekolah dapat ditubuhkan selepas tiga tahun bagi memenuhi bilangan populasi yang kian meningkat.

"Seramai 42 peratus pelajar Tahun Satu yang memasuki SJKT tidak tahu membaca dan menulis, oleh itu kerajaan negeri akan menubuhkan 10 buah prasekolah pada tahun depan di tempat yang memerlukan."

"Masalah ini berlaku kerana kewangan keluarga berpendapatan rendah tidak mampu menghantar anak ke prasekolah swasta. Kita akan memberikan diskaun sebagai usaha menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke prasekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan dana bernilai RM1.6 juta kepada tiga buah NGO yang bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf pendidikan SJKT di negeri ini.

Tiga NGO berkenaan adalah Child Information Learning and Development Centre (Child) menerima cek bernilai RM300,000, Edu-cation Welfare and Research Foundation (EWRF) (RM150,000) dan Tamil Foundation (RM182,250).

Katanya, antara sekolah yang akan dibina prasekolah adalah SJKT Taman Permata dan SJKT Ladang Ampar Tenang, Dengkil; SJKT Ladang Bukit Raja, Klang; SJKT Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor dan SJKT Bandar Baru Salak Tinggi Sepang.

Katanya, kerajaan negeri memerlukan kerjasama dan persetujuan daripada pihak sekolah, ibu bapa dan Lembaga Pengelola Sekolah dalam membina prasekolah berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji cara untuk mendapatkan 40 hingga 50 guru prasekolah bagi mengisi kekosongan dan mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dengan kelayakan tertentu.

"Jika sekolah yang telah ditetapkan untuk ditubuhkan prasekolah tidak bersetuju, kita akan bina di sekolah lain. Pada tahun depan juga kita merancang untuk membina tiga buah prasekolah di kawasan luar bandar antaranya di Ijok dan Klang."

"Bagi mereka yang berminat menjadi guru, kita mungkin menghantar mereka mengikuti program anjuran Child untuk memberi kemahiran dan ada juga cadangan daripada pihak swasta agar mengadakan kursus selama setahun kepada bakal guru berkenaan," katanya.

Dr Xavier berkata, Child, EWRF dan Tamil Foundation dipertanggungjawabkan untuk menggunakan dana RM1.6 juta yang disalurkan kerajaan negeri.


Sumber Berita: Sinar harian, 25 Jun 2009, S25


EXCO Selangor Tangani Isu Pagar Sekolah

Justify FullKlang, 17 Jun 2009 - Kebimbangan ibu bapa setelah mereka dimaklumkan tentang pembinaan bangunan sekolah baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tepi Sungai di sini bakal disiapkan tanpa mempunyai pagar mendapat perhatian dua EXCO Selangor.

Pada Mei lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dimaklumkan bahawa pihak kontraktor hanya diberi arahan menyiapkan sebuah blok bangunan tiga tingkat sekolah menempatkan enam kelas, kantin, bilik sumber, pejabat dan bilik guru, bilik kemahiran hidup, makmal sains serta bilik komputer.

Perkara ini telah menimbulkan keresahan ibu bapa kerana kawasan sekolah yang tidak berpagar didakwa bakal menimbulkan suasana persekitaran tidak selamat kepada murid begitu juga dengan harta benda sekolah apabila sekolah itu siap kelak.

Sehubungan itu, dua EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Dr Halimah Ali telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan sekolah itu disini untuk melihat sendiri keadaan dan berjumpa dengan wakil ibubapa serta jawatankuasa PIBG bagi membincangkan perkara itu.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier berkata, perkara ini agak pelik kerana pembinaan bangunan sekolah sepatutnya dibina dengan bahagian pagar atau tembok sekolah sekali lebih-lebih lagi kedudukan sekolah itu terletak berhampiran dengan jalan raya dan kenderaan kerap lalu-lalang.

"Kita minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ianya berkait rapat dengan isu keselamatan murid yang meneruskan sesi pembelajaran di situ."

Isu keselamatan ini amat penting kerana pihak sekolah bertanggungjawab menjaga keselamatan murid serta harta benda sekolah dan ibu bapa juga sudah tentu mahukan anak-anak mereka belajar dalam persekitaran yang selamat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap pembinaan sekolah ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan memandangkan lebih 150 murid di sekolah ini terpaksa belajar dalam persekitaran yang tidak kondusif di bangunan stor Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak beberapa tahun Lalu.

"Keadaan kelas sementara amat tidak selesa bagi murid dan juga guru yang mengajar. Lebih malang lagi apabila guru terpaksa menempatkan murid tahun 1 dan tahun 2 dalam kelas yang sama kerana tidak cukup ruang untuk sesi pembelajaran.

"Bagaimana murid mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran apabila suasana pembelajaran yang sebegitu? Oleh itu kita amat berharap pembinaan dapat dipercepatkan demi kebaikan murid di sekolah ini, katanya.

Sementara itu, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah berkata, kerja pembinaan bangunan baru itu perlu dipercepatkan kerana murid serta guru serta kakitangan berhak menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana selesa.

"Kita percaya perkara ini boleh diselesaikan melalui perundingan dan kita berharap sebuah sekolah yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan serta selamat dapat disediakan untuk murid-murid di sini.

"Kita berharap pihak JKR dapat mengambil berat perkara ini dan pada masa yang sama kita mahu kerajan negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru dapat menyediakan kemudahan terbaik untuk pendidikan rakyat di negara ini," katanya.

Pembinaan bangunan sekolah baru itu adalah bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang uzur dan telah roboh lebih enam tahun lalu serta sebuah lagi blok sekolah menempatkan empat kelas yang hampir musnah berikutan kebakaran dua tahun lalu.

Sumber Berita: Sinar Harian 18-06-09, S18.
Shah Alam, 3 Jun 2009 - Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah melancarkan majlis tersebut dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Foyer, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.

MB juga seterusnya telah menyampaikan 'mock-up cheque' bernilai RM1,588,382 kepada NGO yang akan melaksanakan program tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan satu lagi program untuk memajukan pembelajaran anak-anak masyarakat Ladang di Negeri Selangor.

Dalam bajet 2009, Kerajaan Negeri telah menyediakan RM4 Juta untuk meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Tamil.

Kerajaan telah menyampaikan kira-kira RM508,000 kepada 97 buah PIBG Sekolah-sekolah Tamil supaya pihak PIBG dan pengurusan sekolah dapat membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing mendapat makanan yang berkhasiat, alat-alat pembelajaran di sekolah disamping untuk memaju dan meningkat infrastruktur di sekolah-sekolah.

Kerajaan juga telah menyampaikan bantuan kepada beberapa buah sekolah untuk kerja-kerja pembinaan bangunan bagi menempatkan kelas-kelas tambahan disamping memberi bantuan bagi pembelian kerusi meja yang baru.

Program ini dijalankan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama erat beberapa buah NGO sosial Tmil bagi merintis usaha-usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan di 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.

Kajian juga mendapati bahawa hanya 45% sahaja murid-murid di sekolah-sekolah yang berjaya dalam peperiksaan UPSR setiap tahun. Prestasi ini membimbangkan banyak pihak lebih-lebih lagi ibubapa pelajar-pelajar.

Ini antara lain sebab disebabkan kurangnya bantuan atau sokongan mekanisme pembelajaran oleh ibubapa pelajar yang berasal dari kalangan buruh am dan berpendapatan rendah.

Dengan penyediaan 'grant' dari kerajaan negeri ini, kerajaan berharap program ini dapat meningkatkan lagi 'standard' pendidikan di Sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor.

Program ini melibatkan NGO yang aktif di peringkat akar-umbi seperti CHILD (Children Information, Learning and Development Centre), EWRL (Education, Welfare and Development Fund) dan Tamil Foundation. NGO ini mempunyai 25 tahun pengalaman dalam penyediaan program-program pendidikan sekolah Tamil.

Program tersebut antara lain melibatkan mekanisme pembelajaran pra-sekolah rendah, program komprehensif membaca, pembelajaran Bahasa dan Sains, penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti luar (outdoor), penglibatan ibubapa dalam aktiviti pembelajaran murid dan kajian serta penyelidikan terhadap sekolah-sekolah Tamil.

Kerajaan negeri komited untuk turut sama terlibat secara aktif dalam usaha-usaha meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah tamil dan kita berharap program ini akan menjadi 'benchmark' kejayaan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah-sekolah tamil dalam masa terdekat.

Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Selangor, beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Ahli Majlis PBT, NGO, Pengerusi PIBG sekolah-sekolah tamil dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.
MEDIA ALERT:
MAJLIS PERASMIAN & PELANCARAN
PROGRAM MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN
SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL NEGERI SELANGOR

Kepada Semua Editor Media


YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Pekerja Ladang Negeri Selangor akan mengadakan Majlis Perasmian & Pelancaran Program Meningkatkan Taraf Pendidikan Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor. Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar dan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Badan Bukan Kerajaan (NGOs) . Seramai 100 orang jemputan akan hadir ke majlis yang dijadualkan seperti berikut:

Tarikh & Masa: 3 Jun 2009 (Rabu), 2:30 Petang

Tempat: Foyer / Lobi Bangunan SSAAS, Shah Alam

Tuan / puan dijemput hadir untuk membuat liputan.


Terima kasih,

Jestin Raj Savarimuthu
(H/P: 016-3689750)
Pegawai Khas kepada YB Dr. Xavier Jayakumar,
Exco Negeri Selangor

Batang Berjuntai, 19 Mei 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kesihatan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah meluang masa melawat Sekolah Rendah Tamil Selangor River, Batang Berjuntai yang terbakar pada malam 12:30 pagi Sabtu 16 Mei lalu.

Bangunan sekolah separuh kayu tersebut dikatakan telah dibina lebih 60 tahun yang lalu. Kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas.


Dilaporkan oleh,

Abdul Razak Bin Ismail
P.A. kepada Dr. Xavier Jayakumar, Exco Negeri Selangor
top