Klang, 17 Jun 2009 - Kebimbangan ibu bapa setelah mereka dimaklumkan tentang pembinaan bangunan sekolah baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tepi Sungai di sini bakal disiapkan tanpa mempunyai pagar mendapat perhatian dua EXCO Selangor.
Pada Mei lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dimaklumkan bahawa pihak kontraktor hanya diberi arahan menyiapkan sebuah blok bangunan tiga tingkat sekolah menempatkan enam kelas, kantin, bilik sumber, pejabat dan bilik guru, bilik kemahiran hidup, makmal sains serta bilik komputer.
Perkara ini telah menimbulkan keresahan ibu bapa kerana kawasan sekolah yang tidak berpagar didakwa bakal menimbulkan suasana persekitaran tidak selamat kepada murid begitu juga dengan harta benda sekolah apabila sekolah itu siap kelak.
Sehubungan itu, dua EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Dr Halimah Ali telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan sekolah itu disini untuk melihat sendiri keadaan dan berjumpa dengan wakil ibubapa serta jawatankuasa PIBG bagi membincangkan perkara itu.
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier berkata, perkara ini agak pelik kerana pembinaan bangunan sekolah sepatutnya dibina dengan bahagian pagar atau tembok sekolah sekali lebih-lebih lagi kedudukan sekolah itu terletak berhampiran dengan jalan raya dan kenderaan kerap lalu-lalang.
"Kita minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ianya berkait rapat dengan isu keselamatan murid yang meneruskan sesi pembelajaran di situ."
Isu keselamatan ini amat penting kerana pihak sekolah bertanggungjawab menjaga keselamatan murid serta harta benda sekolah dan ibu bapa juga sudah tentu mahukan anak-anak mereka belajar dalam persekitaran yang selamat," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga berharap pembinaan sekolah ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan memandangkan lebih 150 murid di sekolah ini terpaksa belajar dalam persekitaran yang tidak kondusif di bangunan stor Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak beberapa tahun Lalu.
"Keadaan kelas sementara amat tidak selesa bagi murid dan juga guru yang mengajar. Lebih malang lagi apabila guru terpaksa menempatkan murid tahun 1 dan tahun 2 dalam kelas yang sama kerana tidak cukup ruang untuk sesi pembelajaran.
"Bagaimana murid mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran apabila suasana pembelajaran yang sebegitu? Oleh itu kita amat berharap pembinaan dapat dipercepatkan demi kebaikan murid di sekolah ini, katanya.
Sementara itu, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah berkata, kerja pembinaan bangunan baru itu perlu dipercepatkan kerana murid serta guru serta kakitangan berhak menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana selesa.
"Kita percaya perkara ini boleh diselesaikan melalui perundingan dan kita berharap sebuah sekolah yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan serta selamat dapat disediakan untuk murid-murid di sini.
"Kita berharap pihak JKR dapat mengambil berat perkara ini dan pada masa yang sama kita mahu kerajan negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru dapat menyediakan kemudahan terbaik untuk pendidikan rakyat di negara ini," katanya.
Pembinaan bangunan sekolah baru itu adalah bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang uzur dan telah roboh lebih enam tahun lalu serta sebuah lagi blok sekolah menempatkan empat kelas yang hampir musnah berikutan kebakaran dua tahun lalu.
Sumber Berita: Sinar Harian 18-06-09, S18.

0 comments:
Post a Comment