Shah Alam, 3 Jun 2009 - Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah melancarkan majlis tersebut dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Foyer, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.

MB juga seterusnya telah menyampaikan 'mock-up cheque' bernilai RM1,588,382 kepada NGO yang akan melaksanakan program tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan satu lagi program untuk memajukan pembelajaran anak-anak masyarakat Ladang di Negeri Selangor.

Dalam bajet 2009, Kerajaan Negeri telah menyediakan RM4 Juta untuk meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Tamil.

Kerajaan telah menyampaikan kira-kira RM508,000 kepada 97 buah PIBG Sekolah-sekolah Tamil supaya pihak PIBG dan pengurusan sekolah dapat membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing mendapat makanan yang berkhasiat, alat-alat pembelajaran di sekolah disamping untuk memaju dan meningkat infrastruktur di sekolah-sekolah.

Kerajaan juga telah menyampaikan bantuan kepada beberapa buah sekolah untuk kerja-kerja pembinaan bangunan bagi menempatkan kelas-kelas tambahan disamping memberi bantuan bagi pembelian kerusi meja yang baru.

Program ini dijalankan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama erat beberapa buah NGO sosial Tmil bagi merintis usaha-usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan di 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.

Kajian juga mendapati bahawa hanya 45% sahaja murid-murid di sekolah-sekolah yang berjaya dalam peperiksaan UPSR setiap tahun. Prestasi ini membimbangkan banyak pihak lebih-lebih lagi ibubapa pelajar-pelajar.

Ini antara lain sebab disebabkan kurangnya bantuan atau sokongan mekanisme pembelajaran oleh ibubapa pelajar yang berasal dari kalangan buruh am dan berpendapatan rendah.

Dengan penyediaan 'grant' dari kerajaan negeri ini, kerajaan berharap program ini dapat meningkatkan lagi 'standard' pendidikan di Sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor.

Program ini melibatkan NGO yang aktif di peringkat akar-umbi seperti CHILD (Children Information, Learning and Development Centre), EWRL (Education, Welfare and Development Fund) dan Tamil Foundation. NGO ini mempunyai 25 tahun pengalaman dalam penyediaan program-program pendidikan sekolah Tamil.

Program tersebut antara lain melibatkan mekanisme pembelajaran pra-sekolah rendah, program komprehensif membaca, pembelajaran Bahasa dan Sains, penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti luar (outdoor), penglibatan ibubapa dalam aktiviti pembelajaran murid dan kajian serta penyelidikan terhadap sekolah-sekolah Tamil.

Kerajaan negeri komited untuk turut sama terlibat secara aktif dalam usaha-usaha meningkatkan taraf pendidikan di sekolah-sekolah tamil dan kita berharap program ini akan menjadi 'benchmark' kejayaan dan kecemerlangan murid-murid di sekolah-sekolah tamil dalam masa terdekat.

Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri Selangor, beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Ahli Majlis PBT, NGO, Pengerusi PIBG sekolah-sekolah tamil dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

0 comments:

top