Kira-kira 2,000 perwakilan dari 206 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak akan berhimpun di Kelantan Trade Centre (KTC) 29 dan 30 Mei ini bagi menyertai Kongres Tahunan PKR.Persiapan rapi telah dibuat di sini oleh panitia kongres yang dipimpin oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail.
Sebelum kongres penuh bermula, kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali pada 27 Mei mulai jam 8.30 malam di Dewan Besar KTC.
Sidang penuh kedua-dua sayap ini pula akan diadakan pada hari Jumaat ini. AMK akan berlangsung di Perdana Resort manakala Wanita di KTC.



