Ampang, 28 Mei 2009 - Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Puan Noradidah Bte Ahmad telah menetapkan 10 Jun 2009 untuk memberikan keputusan samada membenarkan 3 orang Pesuruhjaya Suhakan dan beberapa lagi saksi awam termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat dibenarkan untuk memberi keterangan dalam prosiding kes perbicaraan 11 orang OKT yang ditangkap semasa perhimpunan Lebuhraya KESAS (Jalan Kebun) pada 25 November 2000.

Perhimpunan mendapat jolokan sebagai 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' dimana semasa menyuraikan perhimpunan tersebut pihak polis telah menahan lebih 150 orang tetapi hanya 11 OKT yang dihadapkan ke muka pengadilan.

Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Abu Bakar telah membantah permohonan untuk memanggil saksi-saksi tersebut.

Kesemua OKT diwakili oleh Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Keadilan), YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Keadilan Balik Pulau) dan Puan Fahda Nur Ahmad Kamar.

Dalam hujahnya Yusmadi menekankan bahawa adalah penting untuk mengemukakan Pesuruhjaya-pesuruhjaya SUHAKAM tersebut berdasarkan Laporan Kertas Putih SUHAKAM Terhadap Kekasaran Polis dalam Kes Lebuhraya KESAS yang dikeluarkan oleh pihak SUHAKAM pada pertengahan tahun 2001. Dalam laporan tersebut, 'finding' SUHAKAM menunjukkan bahawa Akta Polis itu sendiri telah tidak dipatuhi oleh pihak polis.

Hujahnya lagi pertuduhan terhadap kesebelas OKT tersebut dibawah Seksyen 27 Akta Polis tersebut iaitu hadir dalam perhimpunan tanpa permit dan tuduhan kedua engkarperintah polis untuk bersurai telah melanggar Hak Asasi Manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya lagi pihak Pendakwa telah gagal membuktikan kesalahan kesemua OKT 'beyond reasonable doubt'.

Tegasnya lagi pentingnya saksi-saksi tersebut dipanggil kerana mereka yang memberi keterangan dalam Laporan SUHAKAM tersebut tampil secara sukarela tanpa niat.

Hakim kemudiannya menetapkan 10 Jun 2009 untuk memberikan keputusan. Prosiding seterusnya akan bersambung pada 15, 16 dan 17 Jun 2009.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

(juga salah seorang daripada 11 OKT)

0 comments:

top