Tiada Amaran, Terus Kenakan Kompaun


SHAH ALAM, 18 Mei - Kerajaan Selangor tidak mengeluarkan surat amaran lagi sebaliknya terus mengenakan kompaun kepada mereka yang menyebabkan pembiakan nyamuk aedes di negeri ini.

YB Xavier Jayakumar pada sidang media Influenza & Denggi di Shah Alam. - Foto  MURIZA ABDUL HAMID

YB Xavier Jayakumar pada sidang media Influenza & Denggi di Shah Alam.

Foto MURIZA ABDUL HAMID

Demikian kata Pengerusi Jawatankusa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier A. Jayakumar kepada pemberita di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini berhubungan perkembangan situasi denggi di Selangor.

Menurut Dr Xavier, kerajaan negeri juga sememangnya serius menangani situasi tersebut memandangkan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Kalau dulu pihak kita akan keluarkan surat amaran terlebih dahulu tapi kini tidak lagi, kompaun akan terus dikeluarkan kepada mereka,” katanya pemeriksaan kali kedua turut dilakukan bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk dihapuskan.

Menurutnya, jika keadaan masih sama pihaknya bakal terus menyita tempat atau premis tersebut serta merta.

Sementara itu, di Selangor sebanyak 10,168 kes sudah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Selangor dengan tumpuan di empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak yang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 36 kematian sudah dilaporkan di negeri ini akibat demam denggi.

“Sebanyak 2,589 kompaun telah dikeluarkan yang melibatkan kawasan rumah, kilang, tanah lot kosong dan sekolah dengan jumlah kutipan RM370,375,” katanya. - MURIZA ABDUL HAMID

Sumber: selangorkini.com.my

0 comments:

top