Taman Sentosa, Klang, 16 Ogos 2008 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Majlis Gotong-royong Anjuran Rukun Tetangga Taman Sentosa Perdana 2. Majlis tersebut begitu menggalakkan sehingga hampir 40 orang penduduk turut serta menjayakan majlis tersebut.

Antara pihak yang turut membantu menjayakan gotong-royong tersebut adalah Bomba, SYABAS dan Majlis Perbandaran Klang.

YB Dr Xavier menegaskan masalah pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab dapat dihindari jika penduduk mengamalkan sikap membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah.

Beliau juga menegaskan bahawa orang ramai digalakkan supaya tidak menghadiri program-program yang melibatkan berkumpul supaya virus Influenza A H1N1 dapat ditangani. Ini adalah kerana virus tersebut dapat berjangkit jika seseorang itu bersalam dengan orang lain tanpa membersihkan tangan mereka selepas batuk dan bersin.

0 comments:

top