Saya bagi pihak Rakyat Negeri Selangor dengan ini membuat aduan dan laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegah (SPRM) dan PDRM untuk menjalankan siasatan rapi terhadap kes penipuan melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Berdasarkan laporan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, The Star, The Sun dan beberapa buah lagi akhbar media perdana pada hari ini berhubung tuntutan tidak munasabah ('serious irregular claims'), percanggahan atau penipuan berjumlah antara RM500 juta hingga RM 1 bilion oleh syarikat pemaju utama Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).
Kami percaya berlakunya penipuan termasuk tuntutan bayaran yang tidak munasabah, kecuaian atau salah laku mengambil kira jumlah wang Rakyat dan Pembayar Cukai yang terbabit dalam skandal ini yang dilakukan oleh pihak berkenaan.
Kita menggesa pihak SPRM dan PDRM untuk menyiasat secara terperinci penemuan-penemuan yang dikumpul Pasukan Petugas Khas yang diwujudkan Kementerian Pengangkutan bagi mengkaji aspek undang-undang dan kewangan berikutan laporan dikeluarkan Pricewaterhouse Coopers Advisory Services (PwCAS).
Dalam laporan Pasukan petugas khas itu mendapati, enam tuntutan tidak munasabah KDSB ialah:
1) Menemui bukti utama itu membuat tuntutan yang tidak munasabah mengikut Perjanjian Pembangunan terutama bagi kerja infrastruktur elektrikal membabitkan sistem 33kv berjumlah RM55.8 juta yang belum dilaksanakan di atas tapak, kerja membekalkan 33kv dan kemudahan awam bernilai RM83 juta memandangkan Tenaga Nasional Berhad menolak cadangan KDSB untuk melaksanakan kerja menyiapkan kemudahan dan bekalan 33kv;
2) Tuntutan awal sekurang-kurangnya RM231 juta mengikut Perjanjian Pembangunan, KDSB belum menyediakan sebarang dokumen untuk menyokong jumlah kos itu;
3) Tuntutan KDSB untuk kerja variasi sebanyak RM62 juta mengikut Kerja Pembangunan Tambahan (ADW) dan Kerja Pembangunan Tambahan Baru (NADW), menunjukkan tiada asas bagi tuntutan itu dan KDSB sepatutnya memberikan penjelasan;
4) Tuntutan berlebihan bagi kerja pembinaan hotel, di mana KDSB sudah menuntut RM69.6 juta berbanding penilaian konsortium juru ukur bernilai RM44.7 juta;
5) Tuntutan yuran profesional mengikut Perjanjian Pembangunan, KDSB hanya layak menuntut yuran sebenar dan perbelanjaan. KDSB belum mengemukakan invois dan baucer bayaran sebanyak RM121.6 juta dalam bentuk yuran; dan
6) KDSB mungkin tidak layak untuk menuntut RM254.9 juta sebagai tuntutan mengikut Perjanjian Pembangunan kerana pindaan terhadap kerja dalam skop asal yang dinyatakan terkandung dalam Perjanjian Tanah dan Perjanjian Pembangunan.
Tarikh: Selasa, 11hb Ogos, 2009
YB Dr A Xavier Jayakumar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)

0 comments:
Post a Comment