Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini hadir ke Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk bertemu Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Pertemuan ini bertujuan mendesak pihak polis mengambil tindakan ke atas pihak yang menyeret kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam selepas solat Jumaat, petang semalam.

“Kami telah maklumkan Ketua Polis Daerah (OCPD) supaya mengambil tindakan secepat mungkin terhadap peristiwa semalam.

“Beliau telah mengatakan bahawa tindakan akan diambil secepatnya kepada mereka yang bertanggungjawab, tindakan ini akan diambil secepatnya kerana kita mahu menghantar mesej kepada semua bahawa tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang, termasuk UMNO sendiri dan bukan UMNO,” katanya.

Namun begitu, Dr. Xavier hampa kerana Datuk Khalid berada di Alor Setar menghadiri urusan lain.

Dr Xavier juga tidak meneruskan niatnya untuk melaporkannya kejadian itu kepada pihak polis kerana beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti komponen Pakatan Rakyat sudah berbuat demikian.

Antaranya, Setiausaha Parti Sosial Malaysia (PSM), G. Arutcheluan, Bendahari Agong PSM, Sivarajan Arumugam; Ketua Penerangan PKR Cabang Kota Raja, Abdul Razak Ismail; Ketua AMK Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri; Ahli Majlis Shah Alam, Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling, Sabastine Rao a/l Pragasam, Ahmad Sayuti Bashiron dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan saling berhubungan dengan Ketua Polis Selangor bagi memastikan pihak polis menjalankan siasatan secepat mungkin ke atas mereka yang terbabit dalam insiden, petang semalam.

“Polis kena bertindak dengan tegas supaya untuk menentukan supaya tak ada lagi tindakan seperti ini kalau polis tak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama dengan mereka dan ini menyebabkan tindakan yang liar berlaku,” katanya.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan terlibat dalam demonstrasi petang semalam yang sedikit banyak telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengikut agama hindu.

Ia kononnya bantahan penduduk terhadap pemindahan tapak kuil di Sekysen 19, ke kawasan Seksyen 23, yang didakwa berhampiran perumahan mereka.

Hadir sama di balai polis Seksyen 11 hari ini ialah Exco Selangor, Ronnie Liu, Teresa Kok, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Sumber: tvselangor.com

0 comments:

top