Selangor Tubuh Task Force Tangani Wabak H1N1

SHAH ALAM, 5 Ogos - Selangor mewujudkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi memantau penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang semakin membimbangkan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, jawatankuasa itu akan bertindak melaporkan perkembangan wabak ini di Selangor kepada Jabatan Kesihatan dari semasa ke semasa.

“Kita telah sediakan task force ini untuk kita dinegeri Selangor untuk kalaulah ada pandemik ke,apa-apa kita akan terus kerja bersama-sama dengan kementerian kesihatan SOT puntuk keselamatan dan bagi nasihat kepada orang ramai”katanya.

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang tadi.

Katanya, semua pegawai yang terlibat, termasuk pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan telah diarahkan untuk membantu kerajaan negeri menyebarkan maklumat yang jelas mengenai virus tersebut kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Xavier berkata, kerajaan negeri turut mengarahkan semua pejabat kerajaan di Selangor untuk mengurangkan mesyuarat sebagai langkah mencegah penularan wabak berkenaan.

“Sekarang kita telah arahkan semua pejabat di negeri Selangor untuk kurangkan mesyuarat-mesyuarat dimana ramai yang akan datang berkumpul dalam satu kawasan dan juga kalau siapa yang datang dengan sakit selsema dan sebagainya kita akan terus akan hantar balik rumah tanpa kira sama ada dia cuti atau tidak bagi mendapatkan rawatan. Selepas disahkan doktor tiada jangkitan itu,mereka boleh meneruskan kerja”,katanya.

Katanya, sehingga jam 8.00 pagi tadi, sebanyak 428 kes H1N1 telah dilaporkan di negeri ini, membabitkan satu kematian.

Sumber: Selangorkini


0 comments:

top