Masalah Selesai Selepas 26 Tahun

Shah Alam - Setelah hampir 26 tahun penduduk di kawasan perumahan Seksyen 19 yang berhadapan dengan masalah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman kini akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila kuil itu bakal dibina di tapak baru di Seksyen 23 berhampiran kawasan perindustrian tidak lama lagi.

Menurut EXCO Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar, penduduk di kawasan yang majoritinya Melayu itu merungut berikutan janji yang mengatakan tiada kuil dibina di kawasan itu adalah tidak benar dan ini telah membuatkan mereka berasa tidak berpuas hati.

Berikutan itu, penduduk telah pun membuat aduan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun aduan mereka itu hanya dijanjikan dengan pemindahan kuil yang sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang diambil pihak tersebut.

"Kami telah pun berbincang serta menerangkan permasalahan yang dialami penduduk di kawasan itu dengan pihak jawatankuasa kuil dan mereka juga telah memahaminya dan bersetuju agar kuil itu dipindahkan ke tempat baru seperti yang dicadangkan."

Sumber Berita: Sinar Harian (S1), 11 Ogos 2009


0 comments:

top