Kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memberi topeng muka percuma serta sabun kepada seluruh penduduk negeri ini beberapa minggu lagi.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata ia berikutan wabak selesema babi atau infleunza A (H1N1) yang kini menjadi ancaman serius kepada negara.
“Negeri Selangor ambil berat tentang H1N1, sebab itu kita telah setuju untuk memberi topeng mask percuma kepada seluruh negeri selangor melalui semua adun-adun tempatan di negeri Selangor Smulai dekat satu minggu setengah dari sekarang”,katanya.
Xavier berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan Exco,di Shah Alam petang tadi.
Katanya, jagaan kesihatan melalui pembersihan diri sendiri juga sangat penting dalam situasi tersebut, terutama di negeri Selangor.
Mengulas mengenai perkembangan wabak H1N1 di negeri ini, Xavier berkata seramai 102 telah disahkan positif wabak tersebut.
Katanya, jumlah kematian akibat penyakit ini di seluruh negara sudah mencapai 70 orang, manakala di Selangor mencatatkan 24 kematian.
Setakat ini, katanya sembilan orang masih dirawat di unit rawatan rapi di hospital kerajaan dan juga swasta di negeri ini.Sumber Berita: tvselangor.com
0 comments:
Post a Comment