Taman Sentosa, Klang, 15 Ogos 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri Kempen Pengindahan dan Kesedaran Menangani Banjir Sungai Aur di Taman Sentosa (DUN Sri Andalas), Klang.
Pihak yang turut serta dalam kempen ini adalah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang, IOI Developer, Gamuda Developer dan penduduk-penduduk dari sekitar kawasan yang berhampiran.
YB Dr Xavier menanam pokok-pokok kecil di Jalan Raja Nong di Taman Sentosa bagi merasmikan kempen tersebut yang juga merupakan program-program bagi mengindahkan Taman Sentosa.
YB Dr Xavier menegaskan bahawa punca kepada masalah banjir ini adalah kerana sikap segelintir penduduk yang membuang sampah-sarap ke dalam sungai dan parit, peniaga-peniaga perusahaan ayam yang mebuang sisa-sisa dari proses pemotongan ayam dan punca yang paling besar adalah bentuk dan pelan parit yang dibuat oleh Pemaju di Taman Sentosa yang tidak sesuai yang mengakibatkan banjir jika hujan lebat turun beberapa jam.
YB Dr Xavier meminta kerjasama peniaga-peniaga ayam di Taman Sentosa dan penduduk-pebduduk untuk sama-sama menangani masalah banjir kawasan tersebut. Juga dalam perbincangan ketika program tersebut adalah isu penstrukturan semula parit dan aliran sungai tersebut bersama-sama pemaju-pemaju seperti IOI Properties dan Gamuda Land.
0 comments:
Post a Comment