Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas Fasa 2

Kampung Jawa, Klang, 15 Ogos 2009 - YB Dr Xavier menghadiri Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas Fasa 2 bertempat di Dewan MBSA Teluk Menegun, Kampung Jawa (DUN Sri Andalas).

Kedua-dua DUN di bawah Parlimen Kota Raja iaitu DUN Sri Andalas san DUN Sri Muda terlibat dalam program ini.Program ini turut dihadiri oleh YB Mat Shuhaimi, Pegawai dari Pejabat Daerah Klang, Pegawai Rantaian Mesra S/B dan Ketua Kampung.

Skim Mesra Usia Emas Fasa 2 sebanyak RM1500 diberikan kepada 101 orang iaitu 68 orang dari DUN Sri Andalas dan 33 orang dari DUN Sri Muda. Jumlah keseluruhan wang dikeluarkan adalah RM151,500.

YB Dr Xavier menyatakan bahawa kerajaan negeri sangat komited dengan kebajikan rakyatnya dan akan membantu mereka yang memerlukan bantuan dari pihak ADUN dan Kerajaan Negeri Selangor.

0 comments:

top