Pemindahan Kuil Seksyen 19 Ke Seksyen 23

Shah Alam , 10 Ogos - Berikutan desakan penduduk setempat, Kerajaan Negeri merancang memindahkan sebuah kuil di Seksyen 19, Shah Alam ke tempat yang lebih sesuai di kawasan perindustrian di Seksyen 23, dalam masa terdekat.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, pemindahan kuil tersebut telah dipersetujui oleh persatuan kuil, termasuk pengerusi dan jawatankuasanya serta penduduk seksyen 19.

Katanya, pemindahan tersebut merupakan proses memindahan tapak dan bukan proses pemberian tapak baru kepada kuil berkenaan.

“Ini bukan proses pemberian tanah untuk satu kuil yang baru, Pakatan Rakyat tidak akan merobohkan kuil yang dibina sejak 20 tahun yang lalu, dan selepas ini kalau ada kuil yang hendak dibina perlu mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan,”Katanya.

Beliau berharap, semua pihak memahami dan menghormati keputusan yang telah dibuat serta bekerjasama dalam menjaga keamanan negeri ini.

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya pagi tadi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut meminta penduduk Seksyen 23 memahami tindakan kerajaan negeri memindahkan kuil tersebut.

Menurutnya, permintaan memindahkan kuil tersebut telah dibuat sejak barisan nasional memerintah Selangor, namun tiada sebarang tindakkan diambil.

Beliau berkata, pihak Kerajaan akan dibawa bertemu dan berbincang dengan penduduk Seksyen 23 bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

top