Sabtu 29 Ogos, 2009 Shah Alam - Satu pertemuan telah diadakan di ibupejabat polis Shah Alam di Seksyen 11, Shah Alam dan dihadiri oleh Dr.Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor Khalid Samad, Ahli parlimen Shah Alam, Ahli parlimen DAP Bagi Parlimen Klang, Charles Santiago dan juga EXCO Negeri Selangor, Ronnie Liudan Adun Rawang, Gan Pei Nee dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaluddin pada pagi ini.

Pertemuan itu di adakan berikut insiden sekumpulan 50 orang berarak membawa kepala lembu ke bangunan SUK bagi membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam selepas solat Jumaat semalam.


Dalam masa yang sama lebih dari 20 laporan Polis turut dibuat oleh NGO, ahli majlis PBT , Pemuda PAS, Angkatan Muda PKR dan beberapa individu menggesa pihak Polis mengambil tindakan segera terhadap beberapa individu yang menganjorkan perhimpunan tersebut.




0 comments:

top