Shah Alam - Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil keterangan dua kakitangan EXCO Kerajaan Negeri itu dianggap tidak rasional.
EXCO Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan pihak polis mengambil keterangan pegawai kerajaan di pejabat SUK itu adalah tidak profesional sehingga menakutkan pegawai kerajaan.
"Pihak polis sewajarnya menjalankan siasatan berdasarkan bukti kukuh untuk dijadikan rujukan dan bukannya secara rambang dari laporan sebuah laman sesawang dan tanpa asas."
"Sekiranya sumber dari blog dapat menjadi kayu ukur kepada sesuatu siasatan, maka sebahagian besar wakil rakyat, EXCO kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Menteri juga harus disiasat kerana nama mereka secara luas dikaitkan dengan kes-kes tertentu dan disebarkan melalui blog," katanya pada sidang media semalam.
Xavier berkata, tindakan polis ini merupakan desakan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.
Pegawai Turus Siasatan Jenayah Komersial, Mohamed Osman dan Pegawai Siasatan Unit Siber Multimedia, Azizi Abdul Halim tiba di Pejabat SUK Selangor kira-kira 12 tengah hari bagi mengambil keterangan Norazah Binti Ismail dan kerani Ronnie Liu, Siti Fairos Shohaime.
Difahamkan, keterangan mereka diambil berhubung dengan dakwaan pejabat EXCO digunakan oleh kongsi gelap yang disiarkan di dalam blog Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.
Sumber Berita: Sinar Harian (N10), 18 Ogos 2009

0 comments:
Post a Comment