Program Bengkel PMR

Klang, 15 Ogos 2008 - Program Bengkel PMR anjuran Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja dengan kerjasama Pejabat ADUN Sria Andalas serta Sri Muda diadakan di Auditorium Pejabat Daerah Klang dari 9 pagi hingga 5 petang.

Sambutan bagi bengkel tersebut begitu menggalakkan dan seramai 106 pelajar tingkatan 3 mengmbil bahagian. Bengkel tersebut diadakan secara percuma lengkap dengan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.

YB Dr Xavier menghadiri majlis tersebut bagi menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. YB Dr Xavier menegaskan bahawa remaja sekarang perlu lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana masalah ekonomi yang melanda dunia sejak awal tahun 2009 memberi impak besar kepada mereka yang bekerja di Malaysia. Beliau juga menyarankan remaja masa kini perlu cerdik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah untuk mereka.

0 comments:

top