Pada satu kejadian ribut yang melanda dalam kawasan DUN Sri Andalas baru-baru ini, dua buah rumah telah mengalami kerosakan teruk.

Kejadian pada kira-kira jam 3 pagi pada 17 Mei yang lalu menyebabkan dua rumah tersebut yang terletak di Lot 6221 batu 1 1/2 Kampung Jawa telah kehilangan bumbung akibat diterbangkan oleh ribut.

Mangsa kejadian iaitu Rodziah Nordin dan Razali Nordin bagi kedua-dua rumah tersebut telah datang berjumpa YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri andalas meminta bantuan.

Atas tanggungjawab dan keprihatinan, bantuan RM1,000 telah diberikan kepada setiap mereka bagi membaiki bumbung rumah mereka yang rosak.

Kerja-kerja membaiki bumbung rumah telah dijalankan dan disiapkan yang dikoordinasi oleh Ketua Kampung, Tuan Haji Ismail.







0 comments:

top