Sungai Kandis, 19 Mei 2012 - Selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor yang mengutamakan kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat tanpa mengira peringkat umur, YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini melawat lapan keluarga warga emas dari rumah ke rumah di Sungai Kandis.

YB Dr Xavier Jayakumar beramah mesra dan bertanyakan keadaan mereka dan mendapati ada diantara mereka yang tidak begitu sihat dan menyarankan supaya kesihatan diutamakan. Sedikit sumbangan yang disediakan oleh Ahli Majlis MBSA iaitu Encik Manap Bin Yusoff telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar kepada warga-warga emas tersebut.

Program melawat dan beramah mesra bersama warga emas pada pagi ini turut disertai oleh Ketua Kampung serta pasukannya yang mengenakan t-shirt kuning Selangorku.

Kehadiran YB Dr Xavier Jayakumar yang disambut baik para warga emas menyatakan yang mereka berasa gembira dan berasa dihargai atas keprihatinan ADUN dan Kerajaan Negeri.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008, program-program yang menjurus kepada kebajikan warga emas telah diadakan seperti Skim Mesra Usia Emas dan Program Jom Shopping.




0 comments:

top