Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan akhbar oleh beberapa pemimpin UMNO Selangor termasuk tulisan di blog bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo baru-baru ini yang secara angkuhnya mengatakan bahawa segala kos Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang Ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA 2) yang dianggarkan menelan RM8Bilion adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak langsung mengambil wang Kerajaan Negeri.
Kita menganggap kenyataan sedemikian oleh pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN merupakan kenyataan yang begitu korup dan jahil daya pemikiran, sekadar mementingan diri mereka sendiri.
Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN janganlah memperbodoh-bodohkan minda rakyat Malaysia umumnya dan warga Selangor khasnya kerana mereka tahu wang Kerajaan Persekutuan itu adalah wang milik titik peluh dan keringat semua warga Selangor dan Rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kita ingin menasihatkan Datuk Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Dato’ Ir Mohd Zin Mohamed (Setiausaha UMNO Selangor) dan Dr. Mohd Khir Toyo (bekas MB Selangor) janganlah terus menjadi ‘orang suruhan’ kepada Tan Sri Rozali Ismail, pengerusi Puncak Niaga dan Syabas.
Pemimpin-pemimpin UMNO ini Nampak begitu beriya-iya melobi saban hari agar projek PPAMPS dan LRA 2 ini diteruskan secepat mungkin.
Disebabkan tindakan Kerajaan Negeri tidak membenarkan projek ini diteruskan pelobi-pelobi tadi berada dalam keadaan tertekan dan “kepanasan” lantaran menggunakan media tunggangan mereka iaitu Utusan Malaysia dan Kumpulan NST untuk terus menerus memutarbelitkan isu air di negeri Selangor.
Kita juga sedar bahawa Pemberi Pinjaman dari Negara Jepun dan Perunding Kejuruteraan dan kontraktor utama Terowong Penyaluran Air yang juga dari Jepun menekan Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan projek tersebut memandangkan kerja-kerja menggerudi di bawah gunung ganang sejauh 44.6 km bermula dari Karak, Pahang hingga ke Hulu Langat, Selangor telah 50% siap.
Rakyat Malaysia dan warga Selangor harus sedar bahawa pelaburan 8 Bilion yang dibelanjakan bagi projek tersebut harus dibayar balik oleh warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam bentuk kenaikan tariff (harga) air yang tinggi dalam masa terdekat.
Kita sekali lagi ingin menegaskan bahawa 7 buah empangan sedia ada mampu membekalkan air mentah yang mencukupi secara berterusan sepanjang tahun sementara 33 buah Loji Rawatan Air yang dikawal selia oleh agensi Kerajaan Negeri di seluruh Negeri Selangor berkemampuan membekal air bersih yang terawat untuk keperluan Warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Lantaran itu Kerajaan Negeri tidak nampak sebarang rasionalnya untuk kita ‘mengimpot’ air mentah dari Pahang bagi tujuan tersebut dengan perbelanjaan kos RM8 Bilion yang begitu besar.
Yang jelas dan nyata ialah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sebenarnya tidak memperdulikan samada berlakunya krisis air menjelang 2014 atau tidak tetapi yang sangat penting bagi mereka ialah memastikan syarikat Puncak Niaga dan Syabas milik Tan Sri Rozali Ismail (bekas Bendahari UMNO Selangor) dapat terus menjalankan “perniagaan air”nya di Negeri Selangor.
Kita ingin tegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menyelesaikan isu air ini secara holistik sekiranya semua pihak terlibat dapat duduk berbincang secara muafakat.
Sekiranya semua pihak bersetuju, Kerajaan Negeri begitu yakin bahawa dalam tempoh 48 jam semua masalah berbangkit dapat diselesaikan.
Sebenarnya semuanya terletak di tangan Datuk Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

31 Mei 2012
0 comments:
Post a Comment