SEPANG, 18 MEI : Kerajaan Selangor memberikan bantuan pelajaran sebanyak RM4.83 juta kepada 180 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sebanyak RM2.99 juta kepada 93 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor.
Bantuan Pelajaran bagi tahun 2012 ini akan disalurkan melalui Pejabat ADUN dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 DUN Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk membela nasib sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri juga berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi SAR dengan menaikkan gaji guru serta menyediakan infrastruktur yang lebih selesa untuk para pelajar,” katanya ketika memberi ucapan di majlis dialog bersama rakyat di Dewan Orang Ramai Sepang pagi ini.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali menyarankan ADUN dan Penyelaras DUN menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan itu kepada sekolah-sekolah dan membantu urusan permohonan.
“Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada kerajaan negeri,” ujarnya ketika ditemui disini hari ini.
Bagi tahun 2011, katanya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM16 juta untuk SAR, RM6 juta untuk SJKC dan RM4 juta untuk SJKT.
Barisan exco yang turut hadir pagi ini adalah Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Yaakob Sapari, Dr. Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail, Iskandar A. Samad.
Pada majlis yang sama, Abdul Khalid turut menyampaikan Sijil Amanah Saham Bumiputera, dan Skim Mesra Usia Emas Fasa Kedua bagi kawasan DUN Sungai Pelek.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment