SHAH ALAM, 2 MEI : Kerajaan Selangor sedang menkaji beberapa langkah agar rumah ibadat bukan Islam dapat disediakan dengan lebih teratur.
Langkah-langkah ini termasuk garis panduan bagi rumah ibadat di dalam rumah kedai dan pusat komersil, dan peruntukan tanah di dalam skim perumahan kawasan bandar.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata berikutan perkembangan pesat di kawasan bandar serta pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat, berlaku kekurangan tapak untuk mendirikan rumah ibadat bukan Islam di lokasi yang sesuai.
Berikutan itu, tambahnya, banyak pertubuhan agama bukan Islam termasuk persatuan Buddha menggunakan rumah kedai sebagai pusat keagamaan mereka.
“Kerajaan Negeri meneliti secara terperinci prosedur untuk pusat-pusat keagamaan sedia ada yang diwujudkan di kawasan perdagangan akibat kekurangan tanah di kawasan bandar.

“Garis panduan ini untuk diguna pakai bagi permohonan baru bagi menggunakan premis komersil sebagai pusat keagamaan bukan Islam,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapan sempena majlis sambutan Hari Wesak 2012 Negeri Selangor di sini semalam.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut; Speaker Dewan Selangor, Datuk Teng Chang Kim dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.
Satu lagi langkah bagi menangani kekurangan tanah untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam adalah garis panduan sedia ada yang mewajibkan setiap skim rumah 100 ekar ke atas harus diperuntukkan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
“Kerajaan Negeri sedar garis panduan ini masih ada ruang untuk menambahbaikan kerana pada masa ini sekiranya pembangunan dipohon kurang 100 ekar maka pihak pemaju tidak tertakluk pada kriteria peruntukan tanah untuk rumah ibadat bukan Islam.
“Jika keadaan ini wujud, kita akan kenakan pihak pemaju perlu membayar sejumlah caruman berdasarkan jumlah rumah yang dibeli masyarakat bukan Islam dan ia boleh diamsukkan dalam tabung Rumah Ibadat bukan Islam,” katanya.
Abdul Khalid berkata, sejak 2008 Kerajaan Negeri telah menyumbang sekitar RM4 juta setiap tahun kepada rumah ibadat bukan Islam dan peruntukan itu dinaikkan menjadi RM6 juta bagi tahun ini.
Di dalam ucapannya Ean Yong berkata ini adalah kali kedua Selangor menyambut Hari Wesak dan ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang menyambut perayaan tersebut secara rasmi.
Dalam tempoh empat tahun Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Negeri, katanya, kerjasama dan hubungan yang terjalin bersama pertubuhan penganut Buddha semakin erat dan kukuh.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment