SHAH ALAM, 15 MEI : Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini menjelaskan bayaran tol bagi 35 buah kereta yang melalui tol Batu Tiga pada demonstrasi mansuh Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga Sabtu lalu.
Beliau yang juga Adun Sri Andalas berkata, gantirugi sebanyak RM38.50 kepada pihak Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dan mengharapkan pihak PLUS tidak mengambil tindakan kepada kenderaan-kenderaan yang tidak membayar tol pada hari itu.
“Saya ingin menjaga hubungan baik dengan PLUS tetapi saya tetap mendesak agar tol ini segera dimansuhkan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Plaza Tol Batu Tiga hari ini.
Pada Sabtu lalu, hampir 300 rakyat berkumpul di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini bagi menyertai demonstrasi mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan kedua-dua tol terbabit.

Demonstrasi aman anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor itu mencuri tumpuan pengguna lebuh raya hari itu apabila mereka membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan mengambil pelekat kereta dengan slogan ‘Hapuskan Tol Demi Rakyat’.
Namun, seorang individu tidak dikenali mengangkat palang di satu lorong plaza tol Batu Tiga menyebabkan beberapa kenderaan melepasinya tanpa membuat bayaran.
Sementara itu, Dr Xavier mengandaikan jika lima minit direkodkan untuk 35 buah kenderaan melalui satu laluan tol, maka sebanyak 420 buah kenderaan dalam masa sejam serta hampir 10,000 buah kenderaan sepanjang hari dan mencatatkan kutipan tol mencecah RM400,000 sehari.
“Tidak mungkin PLUS mengalami kerugian serta tidak mampu menanggung kos membaikpulih lebuhraya itu kerana Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sudah beroperasi melebihi 25 tahun,” katanya yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.
Malah, semua pihak termasuk Umno-BN sendiri menyokong pemansuhan tol Sungai Rasau dan Batu Tiga ini kerana ia jelas membebankan penggunanya selain kesesakan teruk setiap hari.
Bagaimanapun, pihak PLUS hanya bertindak menambah laluan tol tetap ia tidak mengurangkan kesesakan selain hanya mengaut keuntungan setiap hari.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment