Peter Chin Digesa Segera Letak Jawatan

Lanjutan kepada laporan Akhbar Sinar Harian pada 16 Mei 2012 atas tajuk : “Tak Boleh Paksa Syarikat Air” – Menteri Tiada Kuasa Minta Syarikat Konsesi Setuju Cadangan Struktur Semula Air”

Kerajaan Negeri melahirkan rasa kesal dengan jawapan Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan bahawa beliau tiada kuasa berbuat demikian.

Apa yang jelas kepada kita ialah beliau sebenarnya bukan tidak mempunyai kuasa sebagai Menteri Pusat tetapi kuasa beliau ‘tidak laku’ terhadap syarikat milik kroni UMNO/BN seperti syarikat konsesi Puncak Niaga dan Syabas, dua buah syarikat milik bekas Bendahari UMNO Selangor.

Lantaran itu kita melihat Peter Chin hanyalah bertindak sebagai ‘budak suruhan’ kepada UMNO/BN dan adalah wajar beliau melepaskan jawatannya sebagai seorang Menteri Pusat dengan kadar segera kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Kerajaan Negeri akan meminta YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri untuk menfailkan ‘judicial review’ bagi tujuan mendapatkan Mahkamah memperjelaskan ‘kuasa’ Menteri tersebut.


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

Tarikh : 16 Mei, 2012

0 comments:

top