Sungai Kandis, 19 Mei 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas pada hari ini meluangkan masa untuk turun padang dan bertemu rakyat di Pertandingan Futsal di Sungai Kandis.
Pertandingan Futsal pada hari ini telah dianjurkan oleh Encik Abdul Manap Bin Yusoff, Ahli Majlis MBSA. Pertandingan Futsal yang diadakan terbahagi kepada tiga kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak. Sebanyak 25 pasukan telah mengambil bahagian pada hari ini.
YB Dr Xavier Jayakumar turut menyerahkan sebanyak 3 buah basikal kepada 3 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Program sumbangan basikal dan subsidi yuran bas sekolah adalah program yang telah dijalankan secara berterusan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu. 
Menerusi program ini beban keluarga berpendapatan rendah dapat diringankan dan memastikan anak-anak dari keluarga tersebut dapat meneruskan pelajaran di sekolah. YB Dr Xavier Jayakumar percaya hanya dengan pelajaran yang baik, nasib sesebuah keluarga tersebut dapat diubah.

0 comments:

top