Kenyataan Media YB Dr Xavier Jayakumar
Tahniah Kepada Semua Pihak - Sekolah Tamil Di Selangor Capai Keputusan Terbaik UPSR 2013
Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu diumumkan menunjukkan peningkatan ketara pencapaian Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor. Mengikut keputusan tersebut, SJKT di Selangor secara keseluruhannya mendapat tempat terbaik berbanding keputusan negeri-negeri lain.
SJKT Simpang Lima, Klang mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan diantara kesemua SJKT dan dua pelajarnya mencatat keputusan terbaik di Selangor. Lima buah SJKT yang mencatatkan keputusan terbaik pencapaian 7A adalah;
1) SJKT Simpang Lima, Klang, Selangor – 63 pelajar capai 7A

2) SJKT Kajang, Selangor – 28 pelajar capai 7A
3) SJKT Batu Caves, Selangor – 25 pelajar capai 7A
4) SJKT Puchong Batu 14, Selangor – 24 pelajar capai 7A
5) SJKT Rawang, Selangor – 22 pelajar capai 7A
Peratusan lulus secara keseluruhan adalah 62.3 dan adalah keputusan terbaik setakat ini. Seramai 398 pelajar mencapai 7A, suatu peningkatan berbanding 321 pada tahun lepas.
Pakatan Rakyat di Selangor telah membuktikan dengan pemberian dana dan bantuan daripada kerajaan negeri serta usaha berterusan dengan kerjasama empat NGO Tamil iaitu Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), CHILD (Child Information, Learning and Development Centre) dan HYO (Hindu Youth Council) serta PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru), perubahan yang baik ini dapat dicapai.
Ikhlas saya katakan, keputusan yang baik ini juga adalah hasil usaha yang gigih daripada para guru besar dan guru-guru. Syabas dan terima kasih. Tanpa usaha anda semua, keputusan ini mungkin tidak tercapai.
Akhir sekali, kepada para ibubapa dan Persatuan Bekas Pelajar, berikan penghargaan kepada diri sendiri atas usaha yang telah diberikan dan kita mesti terus memandang kehadapan untuk mencapai kemajuan. Marilah kita berganding bahu untuk masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.
Sekian, ucapan Nandri untuk anda semua.
YB Dr Xavier Jayakumar

Ahli Dewan Negeri Selangor
Seri Andalas
15 November 2013
15 November 2013
1 comments:
Tahniah ! usaha Yb Dr Xavier dan kerajaan negeri selangor dlm 5 tahun telah membawah hasil dgn peningkatan keputusan baik UPSR setiap tahun.
Post a Comment